Friday, 1 June 2018

Jajaran KL-Seremban, Salak Expresway bebas tol (mulai 1 Jun). DI manakah Salak Expressway ni?

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) baru saja mengumumkan bahawa bermula jam 12.01 tengah malam 1 Jun 2018, tiada lagi bayaran tol dikutip bagi Jajaran Kuala Lumpur-Seremban Expressway dan Salak Expressway (yang dahulunya dikenali sebagai sebahagian daripada Jajaran Lebuhraya Metramac) di Plaza Sungai Besi kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS).
Jajaran Kuala Lumpur-Seremban Expressway/Salak Expressway ini kodnya adalah E 37. Jalannya pula bermula dari berhampiran Lapangan Terbang Sg Besi hingga ke Tol Sg Besi. Kadar yang dikenakan bagi laluan ini adalah antara RM0.40 hingga RM1.70. Ramai yang mungkin tidak tahu bayaran ini dikenakan sebab ia dicampur sekali dengan bayaran tol bagi sesiapa yang melalui Plaza Tol Sg Besi.
Ini bermakna, dengan penamatan tempoh konsesi jajaran tersebut, bayaran tol di semua laluan keluar dan masuk di Plaza Tol Sungai Besi dikurangkan di antara RM0.40 hingga RM1.70, bergantung pada jarak perjalanan dan kelas kenderaan.


Maklumat berikut dari fb ..ianya seperti ysng aku paham juga.. rupanya ada caj yg tersirat yg kita tak tahu atau tak ambil tahu.
÷÷÷÷=====÷÷÷÷÷÷=====÷÷÷÷÷

Salam semua.. ni nak bagi penjelasan sikit berkenaan pemansuhan tol Metramac..

Lebuhraya Metramac adalah dari depan Nouvele Hotel selepas tol Sg.Besi hingga ke depan TUDM sebelum susur jalan Istana dan sebahagian jalan Salak menghala ke Mid Valey. 

Tiada pondok tol bagi laluan2 ini.. walaubagaimanapun kutipan tol untuk laluan ini dikutip dgn kerjasama Plus di Plaza Tol Sg.Besi.

Kadar tol bagi laluan ini adalah seperti berikut: 
Kelas 1 = RM0.80
Kelas 2 = RM1.20
Kelas 3 = RM1.70
Kelas 4 Teksi = RM0.40

Selaras dengan penamatan tempoh konsesi bagi Lebuhraya Metramac kutipan tol bagi laluan ini juga telah dimansuhkan. 

Contoh:
Bagi kelas 1 Dari plaza tol kajang ke sg.besi
Sebelum adalah dicaj RM1.80
Selepas pemansuhan harga baru RM1.00

Bagi kelas 1 dari UPM ke sg.besi
Sebelum adalah dicaj RM1.60
Selepas pemansuhan harga baru RM0.80

Pengguna akan mendapat kadar baru ini sekiranya pengguna masuk dari mana2 plaza tol yg terdapat di Lebuhraya PLUS dan keluar di Plaza Tol Sg.Besi atau;
Masuk dari Plaza Tol Sg.Besi dan keluar dimana2 plaza tol PLUS yg lain.

Kenyataan media yang pihak LLM keluarkan sebelum ini adalah benar dan mungkin terdapat sedikit kekeliruan kepada pengguna bila dinyatakan pemansuhan secara peratusan dan julat harga yg dimansuhkan. 

Sekiranya pengguna masih keliru berkenaan perkara ini pengguna boleh terus menghubungi pihak LLM atau pun pihak PLUS bagi mendapatkan penjelasan.

 saya sharekan post ini agar kekeliruan ini dapat diatasi dan difahami oleh semua pengguna selaras dengan pemansuhan serta penamatan perjanjian konsesi Lebuhraya Metramac pada 31 Mei 2018.

Terima Kasih.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...