Friday, 8 June 2018

Apa khabar?



Apa khabar Malaysiaku yang baharu?
Apa khabar Tun M?
Apakah tidak pernah lelah membaiki apa yang berlaku?
Moga pimpinanmu dipimpin yang Maha Bijaksana

Apa khabar Dato Seri Najib?
Masih betah dalam suasana yang bernanah..
Meratapi apa yang telah terjadi..
termangu dengan keputusan marhaen..
Atau masih menafikan apa telah diputus?
Aku menunggu keakhirannya kerana masa masih panjang..
Moga diadili dengan arif dan keputusan bagi yang benar..

Apa khabar ibu ibu?
Sudahkan persiapkan diri dan anak2 untuk masa depan mereka?

Apa khabar guru-guru?
Jerih perit lelahmu pasti akan diganjari

Apa khabar para isteri?
berpisat-pisat matamu meyiapkan seisi keluarga
Yakinlah setiap baktimu akan diberkati...

Apa khabar para suami?
Sudah mengimamkan keluargamu hari ini dan seterusnya

Apa khabar si tunangan ?
Betahkah kamu meniti hari yang dirindui

Apa khabar  boss boss?
jalankan amanah dengan beramanah..

Apa khabar para imam?
Terdidikkah makmum di usai hari?

Apa khabar pemandu lori?
Sepi, walau jalananmu hingar bingar..
Setiap detik, berkilometer keluargamu kau tinggalkan
jangan pernah risaudalam keikhlasan.
Allah sentiasa dekat dengan mu

Apa khabar menteri baru?
Huh.. tanggungjawab kalian makin berat?
Cuma jangan hanya menoleh kebelakang.(dan memberikan gambaran kelam)
Pimpinlah Malaysia dengan kemas kemasa depan

Apa khabar sahabat?
Apakah kita saling peringatkan?
Atau sesuka hati menyiarkan, tanpa pertanyaan khabar?
Tanpa menyelidik betul atau benar?

Apakhabar pendosa? 
Ingatlah..
Tidak pernah tertutup jalan kebenaran.
Kerana dia Maha Pengampun

Apa khabar diriku? Yang juga pendosa..
jangan terlalu bertanya khabarkan orang lain.. tanpa perlu..
Tanya diri sendiri!!
Dimanakah tahap ketika ini. 
Tahap dalam kehidupan .
Tahap jika ianya adalah pengakhiran

Jangan pernah penat bermuhasabah
jangan pernah penat beristiqamah.
Jangan sesal tanpa perubahan.

Apakhabar diriku? Di sisiMu ...
Aku mohon keampunan
Sesungguhnya Kau Maha Pengampun


Allahumma
Innaka 
'afuwwun

Tuhibbul
'afwa
Fa' Fu 'anni

1 comment:

  1. semoga pemimpin2 menjalankan t/jawab mereka x kira kerajaan @ pembangkang..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...