Wednesday, 7 February 2018

Bitcoin tu apa?

Awal Januari dulu ada seorang rakan mengajak nak jumpa sambil sambil nak share (menceritakan) tentang Bitcoin.

Aku tanya " Sejak bila ko terlibat dalam cryptocurrency ni bro"

Jawaban nya pantas" Bukan cryptocurrency lah! Bitcoin la.."

So aku tak tanya dah pasal topik yang dia nak share dan, apa yang dia dok cerita aku pun tak dengar dah. Dengar tapi aku tak paham. Aku rasa dia pun tak paham apa yang dia cerita.
Baik aku minum Caramel Marchiato panas, lagi sejuk hati ni .

Pendekkan cerita , hari ni Bitcoin merudum menghampiri kepada USD 6,000, berbanding hampir kepada USD 20,000 Disember tahun lepas. Kalau dalam RM, ruduman itu adalah dari RM80,000 kepada RM24,000. Jatuh sebanyak RM36,000, lebih kurang.

Sebenarnya jumlah kejatuhan tu nombor dua. Sebab kata orang biasalah berniaga, mesti ada untung ada rugi. Bitcoin pun ada naik ada turun. Sekali dengar macam betul ja hujah itu tapi sebenarnya, bagi aku macam ada kategory lain ja Bitcoin ni. Maksud aku bukan kategory berniaga dah ni.

Dan lagi satu nak habaq mai, berniaga currency ni tak boleh tau, kecuali beli untuk beli barangan dalam matawang tersebut, ataupun keperluan untuk mengembara dan sebagai. Adalah banyak lagi pengecualian yang membolehkan kita membeli matawang asing tapi kalau nak berniaga matawang tu korang kena rujuk balik, samada boleh atau tidak. Itu aku tak mau hujah kat sini sebab ilmu tak cukup. Tapi kalau beli cryptocurrency dan harap naik seterusnya untung, atau bersedia intuk harga turun dan rugi, itulah macam "gamble". Sedap sikit dari perkataan judi tak.

Dalam hati aku macam nak tanya ja kawan aku " Hang ni bila aku tanya cryptocurrency pun tidak tahu, sudah mau membeli bitcoin?

 Tapi dalam nak jaga hati kawan aku nasihat la, baik menuntut ilmu dulu sebelum nak involve dalam hal sebegini bro, kelak nanti merana.

Kalau kau nak check betul tak benda benda macam ni, tanya la beberapa soalan seperti :
Kenapa mendadak naiknya?
Too good to be true?
Siapa yang organise/handle/regulate?
Kalau jadi salah urus, kepada siapa kita nak lapor atau rujuk?

Benda benda macam ni sangat sophistikated beb. Bukan kecil anak punya berniaga ni. Berhati hati lah. Atau pun lari dari involve...

Amboi amboi amboi,.. teringat pulak lirik lagu:

"Kalau tinggal rumah sewa tapi beli kereta mewah,,, amboi! Amboi!"  Eh melalut kelaut lak

Ok berbalik kepada matawang digital ni..Sebenarnya sangat banyak cryptocurrency ni.

Antaranya ialah:

Litecoin
Namecoin
Omni
Ripple
Dash.
Primecoin
 Nxt
Zcash
Komodo
Ubiq

Berpuluh puluh cryptocurrency di luar sana dan memasing nak ngap seperti jerung. Dan kita kita yang tak cukup ilmu ni jadi lah ikan sardin bakal di "ngap". Kalau sardin ok gak, ni ikan bilis..atau pun plankton..huhuhu.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...