Wednesday 4 January 2017

Sebuah cerita kawin: Orang Kedah memang sempoi!!

Assalamualaikum bloggers and readers..

kekadang cerita macam ni mengingatkan kisah silam.. aku dan Lurvy... Ooo nak tumpang jugak ke..?? Tak lah, cuma zaman aku memang biasa especialy dgn gaya hidup family aku dan orang kampung yang sederhana.. 
Cuma lain sikit ja.. macam kenduri aku..tak mo sanding2 ..
Dan pakai baju Melayu ja.. Mengelak. Yang best nya hari tu jugak aku cadangkan abg aku buat kenduri hari yang sama..bagi depa ja beria-ia..aku siap orang tanya , ni ka pengantin ?? 
mUhahahahah.

Yup aku nikah dulu dari Abang aku..ermm jenis tak sabar. Nak jimat kan kos mak aku kelamkabut susun bagi sambut majlis abg aku sekali...Hahaha.


Eh ..layan je lah kisah ini:






Setiap majlis perkahwinan ada kisahnya yan tersendiri, apa yang menarik, sesuatu yang 'rare' itu pasti amat susah dilupakan dan menjadi kenangan manis sampai bila-bila.

Sebuah kisah yang dikongsikan oleh Ezaura Rafe, kisah yang berlaku pada majlis perkahwinan dia dan suami, walau atas kertas dilihat tidak sempurna kerana tiada pelamin, namun apa yang terjadi sungguh menarik dan sudah pasti memang kenangan terindah dalam hidup mereka.

So cerita aku tahun 2016 ni di akhiri dengan bende-bende yang memang kelakar, sebab 31 December 2016 majlis resepsi belah lelaki yang memang tak tau nak kata apa.

Bermula dengan Pelamin takde. Sebab tiba-tiba orang nak buat pelamin tak sihat. Pening punya pening, Nasib baik mak metua ada lanskap yang ala-ala garden. tapi cantik lah atas tu pokok anggur. Jadilah, ambik kerusi kat umah mak, letak kerusi tengah2, amek sikit-sikit pasu bunga mak penuhkan kiri kanan lanskap tu. Mak pulak cuci lantai lanskap tu sebab ade taik burung. Adoi Gigih tak mak metua aku. hehe

Dah pelamin pun yang hado! Kami decide tak payah pakai baju songket yang kteorg dah sewa tu. Kelam kabut beli baju! Pilih punye pilih, Aku serahkan semua kat suami, sebab nak cantik untuk suami kan, eleh! haha

suami pilih sendiri, dia tengok kat instagram brand Rina Salleh! (Kebetulan minggu depan nak shoot baju Rina Salleh, HAHAHA). Tapi dalam hati risau "orang kata" kawin pakai jubah biasa ni je? Ni nak pegi raya boleh la pakai macam ni. Ok kami decide akan pekak kan telinga. HAHA tapi dalam hati dup dap aih!

Baju tu kain biase je, takde blink2, mak metua cakap p boh swarovski diamond (tiruan punye). Suami gigih letak bende tu kat baju. Tudung kosong beli RM10 tambah lah blink2 tu. Semua suami buat. Aku? aku dok tepi tolong sikit2, sebab dia nak sangat buat. aku bagilah. hahaha

Pendang ke Sg Petani, Sg Petani ke Alor Star, Alor Star ke Pendang, Pendang ke Seberang Prai (Akhirnya beli baju pengantin perempuan), Terus ke Alor Star balik (beli baju lelaki). Settle Baju!Bila pelamin tak ada, suami pandang dan berkata "makeup lah sendiri". HAHA Aku pun decide makeup la sendiri. Risau la nanti orang makeup tebal, sebab pakai jubah biasa je kannnnnn.Meja makan Oh baru teringat nak buat meja makan pengantin masa malam sebelum kenduri.

Suami pegi beli kain semeter RM2.00 je, so kami sama-sama dengan mak, kakak dengan yang lain buat meja makan pengantin. Bila tengok meja pengantin yang asal tu memang yang hado! Tak boleh nak sambungkan kain kiri kanan dengan stapler sebab tu bukan meja kayu, tu meja besi. Jadi kami sambung dengan Peniti tudung. Jadilah cantik macam tuuu. Bila dah siap kurang bunga kan, bunga yang dah siap gubah RM25, adoi taknak beli! Bazir ah! jadi mak mertua korbankan bunga Orkid dia. hehe Maktam tolong gubah jadi cantik macam RM50 tauuu!

HAHAHA. Kira macam 1st time la makan dalam talam masa kenduri. Rombongan dari KL lagilah tak pernah makan dalam talam. Kira kat Pendang ni special la Nasi Daging dengan air asam, pastu ada ayam ape thah, dengan kari daging. Air paling special. Selalu kenduri air sirap, sirap, sirap je!

Woi Syok woihhh orang KL tak pernah rase bende2 macam ni. Gambar lawa kan, Kiteorang tak hire Photographer sebab ada Kawan-kawan suami semua photograpfer jadilah dapat gambar cantik. Thankyou Aizat, Roy, Babayan, Ubai, AJ, datang dari KL tolong shoot wedding kami yang tak seberapa tapi dalam gambar Woih macam obersea ahhhhhh!

Kat Kedah ni banyak bendang kan, sawah padi bederet, macam Australia, hahahahahahha Acah-acah sangat tapi kau tengok chantik gilos. Toksah la pegi jauh-jauh Malaysia cantik lagi. Kene rajin explore je. Pastu editlah! Hihi


Abis je kenduri, apa lagi pengantin cuci periuk pinggan yang lebih-lebih tu la. Bulu mata che ta tak cabut lagi, lens tak sempat bukak, senteng lengan mencucilah kami. HAHA






Credit untuk penulis asal. Nama seperti dalam artikel (agaknya, maaaf kalau silap)
Photo dalam posting ni semua bukan milik ku..Thanks

P.s . Orang Kedah tak "beghadon"..

2 comments:

  1. Kakak baca ikut termengah-mengah macam sibuk dan kalut jadinya.
    Tapi itulah yg best utk dikenang kan:)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...