Saturday 28 January 2017

Kota Bharu Kelantan makan di mana? Sedapnya makan di Restoran Ikan Bakar KST

Assalamualaikum bloggers and readers..

Sebut sahaja Kelantan memang terbayang makanan yang sedap sedap dan unik.
Namun aku mencari yang authentik Kelate.
Contohnya nasi dingin, nasi kerabu atau pun nasi berlauk.

Sesampainya di hotel , check in dan terus keluar untuk dinner. Tempat yg dituju KTS Restoran. Ini antara restoran yang dicadangkan untuk dicuba.

Restoran agak popular di KB, berdasarkan ramainya pengunjung, tapi oleh kerana kami agak awal maka bertuahlah sebab masih ada meja.
Senanglah nak makan malam seramai 10 orang. Kalau lambat mungkin susah nak ruang seramai itu.

Makanannya sedap. Ulaman, huh..banyaknya..meriah.
Kami order ikan siakap tiga rasa, 2 ikan selar bakar, 2 ekor sotong goreng tepung, tomyam x2, telur dadar x4, kailan x2..

Memang sedap dan anak2 suka. Ayah pun suka.

Tak mengecewakan...dan anda mesti cuba!
Sotong goreng tepung close up"

Danish suka pulak makan ulam n budu

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...