Saturday, 12 September 2015

Pesawat MAS mengharungi ribut pasir.

Assalamualaikum bloggers and readers..


Kemalangan boleh berlaku di mana mana.
Samada disebabkan kecuaian kita atau kealpaan org lain
Sebab itulah setiap apa yang hendak dilakukan kita digalakkan mulakan dengan Bismillah dan doa tertentu i.e menaiki kenderaan ataupun doa musafir..

Ketika di padang  Arafah 2013
Pagian dikejutakan dengan kejadian runtuhan kren yang sebahagian dari kerja menambahan keluasan Masjidil Haram..

Teringat itulah laluan dari maktab Abraj Janadriah ketika menjadi tetamu Allah dua tahun lepas.
Masih terbayang keindahan berulang alik ke Masjidil HAram..

Melalui laluan sa'iee  (سعى‎ ).. Bukit Marwah kemudian sampai ke Safa.(الصفا). seterusnya masuk ke ruangan Masjidil HAram,, menuju Kaabah.

Berasak ke ruang Saiee  ( Mas'aa),kerana itulah laluan yang dibuka oleh kerana kerja kontrak yang amat besar.. kemudian menyantuni orang yang sedang melakukan saiee, dalam pada pekerja masih bertungkuslumus menyiapkan kerja2 penambahan keluasan Masjid..
Bukan sebarang masjid tetapi tempat yang paling suci, tanah yang menempatkan Kaabah, kiblat seluruh manusia.

Terkini ribut pasir dan hujan melanda,,
seterusnya menumbang kren yang begitu besar, gagah, kuat dan keras.
Tapi kuasa Allah,,

Bukit Safa الصفا
Sebagaimanpun perancangan kita, tiada yang lebih segagahNya.

Moga yang terkorban diampuni Allah, mendapat syafaat Rasul dan seterusnya dijanjikan Jannah.
Kepada mereka yang cedera , semoga segera sembuh untuk menyempurnakan rukun Haji tahun ini.




Ketika pembinaan 2013

Tempat Sa'i .. Ini pintu masuk ke Marwah





Kemudian ada menerima video wassap menunjukkan sebuah kapalterbang meluncur dilandasan.. berhadapan dengan ribut pasir,,jarak penglihatan pun agak terhad.
Landasan yang selari dengan dengan jalan..diambil oleh warga Arab mungkin.

Terlihat logo pesawat, MasyaAllah, pesawat MAS!
Tapi tak tahu lah bila peristiwa ni,,

Aku pun tak tahu samada ni ribut pasir yg melanda timur tengah. Tak tahu sama ada ada kaitan dengan ribut yang merebahkan kren tetapi dalam banyak2 pesawat yang berlepas dan landing,, kenapa MAS diterakam..?





5 comments:

  1. Saya dengar ada yang meninggal dunia, video-video peristiwa tu dihantar melalui whatsapp. tidak sanggup saya tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Innalillah..kepadaNya kita kembali,,
      Setakat ni 5 org meninggal jemaah Malaysia meninggal dalam kejadian kren Masjidil Haram

      Delete
  2. Uncle pon ada terima video. Taknak tengok lah. Baca berrita sudah....

    (sedih)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekadang wassap lebh laju dari berita..tp org tak pasti kebenaran

      Delete
  3. I liҡe reading through a post that can make peоpе think.
    Also, thank you for ɑlloѡing me to comment!



    Check out my blog post

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...