Friday, 4 September 2015

Catatan 10 minit...

Assalamualaikum bloggers and readers..



Pepagi lagi lepas keluar bilik air, Danish tercogok atas katil.
Dah siap bersikat rapi.

“Uih awal dia hari ni”

 “Abah, kalau kapal berhenti tengah laut. Kena letak sauh kan bah” Tanya danish, sib baik tak terlepas towel aku.

Hai pepagi Jumaat ni dah tanya pasal pelayaran. Ada kena kena mengenai dengan bahtera ke apa ni.
Malam tadi malam jumaat Danish... ..

Aku: “ Kalau berhenti memang kena turun kan sauh Danish, tapi selalu kapal berhenti tepi laut atau kat pelabuhan, bukan tengah laut”

Danish:"Kalau kapal nak  jalan?

"Kalau nak bergerak angkat la sauh tu”

“Berat tak abah sauh tu”

“Berat la tapi dalam air ada daya apungan . Jadi boleh la tarik sauh tu samada dengan tangan atau pun mesin, Bergantung kepada besarnya sauh”

“Tarik sauh keatas tu macam labuhkan sauh kan abah.”

Adumak, banyak jugak soklan dia.

 Aku dah jangka .. Aku dah jangka dah..Mesti pasal ni. Mesti punya pasal labuhkan sauh.

Aku dah agak...

 Budak darjah 3 ni hai. Manalah lah ada fb dok baca pasal labuhkan sauh. Mesti kenkawan dok cerita ni kat sekolah..

Abah pun lama juga tak labuhkan sauh ni..wohahaha.

“ Ok camni Danish, lupakan bab labuhkan sauh tu ok. Padam terus dari ingatan. Nanti abah cerita selelngkapnya ilmu pelayaran. Abah rasa abah ada juga darah bugis . Tak pun darah bajau”

“Apa darah Bugis dan darah Bajau abah” Itulah gelagak anak-anak. Setiap jawapan ada lagi pertanyaan

Aipp !! dah dah . jom pergi minum milo. Mama dah buat breakfast tu.. Jom jom !Abah nak pergi ofis…

Aisya!! Yasminn!!! Akmal!! Jom naik kereta.. Jom Danish, pergi minum dulu. BArulah membesar bagai johan..

Aku pun start kereta. Sampai sekolah, peluk cium anak anak.
Buka radio.
Berita sukan.
Malaysia kena belasah dek UAE 10-0.
Aiyakk!!

Nak kena baling  dengan sauh juga team bola ni.!!!

4 comments:

  1. hahahhaha...kelakor agaknya semalam dia mimpi naik kapal ke apa ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah..teringat kawan2 sembang agaknya

      Delete
  2. hehehe.. nasib tak tersedak keropok waktu baca entry ni.. ;)
    apa kesudahan sauh tu.. nak gak tau.. kihkihkih..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...