Sunday 11 August 2013

Kekalkan kemenangan ini...!!!

Assalamualaikum bloggers and readers..

Selamat Hari Raya...
Maaf Zahir dan batin kepada pembaca dan peninjau blog ini...

Mokalu ( Kalau) aku tak ucapkan juga selamat hari raya memang tak patut sangat.
Dahla tak bersalam, sms pun idak..kad..kad? erm satu aktiviti yang hampir pupus kot..kesian kan.

 Ucapan kat sini kira paling rendah kot martabat dalam ucapan-ucapan hari kebesaran selepas ucapan dan bersalaman berdepan.. Kemudian diikuti dengan kad raya dan sms..
Ucapan facebook dan blog ni kira last la kot tarafnya.. so kalau tak diucapkan juga tak tahulah kan..Jadi maaf lah kenkawan yang tak menerima sms ucapan  ..moga ucapan blog ini sebagai pengganti diri..

Itulah zaman sekarang..korang semua tak tahulah.. Aku rasa dengan teknologi ni aka sosial network ni beginilah jadinya. Dalam pada menambah ramai rakan, tradisi lama makin terpinggir.. Akulah salah sorang tu..

Anyway... balik kampung satu kemestian. Suasana tu yang penting. Biarlah meredah kesesakan yang memeritkan. Namun tetap juga mudik kehalaman kampung.. Teruja tak terasa penatnya..

Barca dan Datuk LCW tema hari ni. Kesian lagi dia (LCW), mungkin bukan zaman dia. Dia muncul dizaman yang salah sebab ada Lin Dan zaman ni. Kira China yang rakyat berbillion tu kira bernasib baik ada sorang jagoan bernama Lin Dan. Malaysia pun kira berurntung dengan hanya 28 juta ada seorang bernama Lee Chong Wei dilahirkan kat sini. 28 juta berbanding 1 billion (?),, kira Malaysia ni ok apa..

Barca.. .. pasukan yang aku admire hadir dengan reputasi yang gah.. Bolos juga dek rembatan Amri Yahya... Gempaq siut.. Amri boleh score melawan Barca.. Mungkin kalah 1-3 lebih menggembirakan Amri berbanding seri 0-0. Mungkin. Sapa tak bangga score dengan juara Liga Sepanyol baq hang..

Messi seminit pun tak main.. Aduyai, Mengecewakan semua penonton di depan tv macam aku.. Yang pi Stadium lagi la kan..

Ok la berbalik mood raya.. Sekali lagi ucapan penuh keikhlasan dari kami sekeluarga..

Salam aidilfitri,
Salam kemaafan...
 Kekalkan "kemenangan" ini sampai Ramadhan tahun depan..
 Raikanlah jikalau pun  nak rai sampai sebulan..
Yang susahnya nak pertahankan kemenangan sebab musuh dah berkeliaran..

Danish- boring kot sbb tunggu lama ..kena posing dari tadi, sbb adik merajuk
Angah- Ever ready untuk bergambar
Yasmin- Asyik tak nak tengok depan
Akmal_ dok pujuk adik
Aisya- Ada yang tak puashati sebab kain dia... Merajuk je
Along- Kena amik masa betulkan tudung
Aliff-Siap saja.. Anytime dan nak cepat





1 comment:

  1. Selamat Hari Raya buat Tuan blog dan keluarga. Sukanya tengok gambar raya berkeluarga.. macam2 gelagat, itu yang buat kenangan semakin indah, semua anak2 dengan 'peel' masing2... :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...