Saturday 18 February 2012

Aku hampir jadi angry bird...





Asslamualaikum..
Hari ni aku tak kemana, ye lah Lurvy ke sekolah.

Apa? Ingat cikgu boleh cuti ke hari Sabtu. Banyak la program depa. Tetapi dah tugas demi anak bangsa dan anak-anak sendiri, maka aku relakan lah ..cewah.

Sekarang ni ada live Uitm lwn Singapore.. walawei tempat aku belajar tu.. Boleh lawan negara org.. Tak pernah depa pikir kot akan ada competitive games dengan nasional team SG. Anyway dah trailing 0-2 but melawan la jugak...

Sambil-sambil tu aku menidurkan..aip,! menidurkan anak-anak aku. 3 org semuanya..Dari Danish ke Yasmin, seorang-seorang tidur atas lengan akuu sampai terlelap. Its been ..i mean it just few month ago si Min Min tu baby.. now dah pandai macam-macam. Cuma tak pandai minta baby je lagi..wohahahaha..

Yang Along tu pulak semalam birthday dia ke 15. Happy birthday Along, Semoga berjaya dan diberkati Allah senantiasa. Your success is our happiness..

Ermm time running fast.. Do we have time for everything.. ? No we cant.. We have to choose..
Yes its life , we plan lotsa thing.. But not all achievable... No matter how we try. Just say enuff, and move on. And we cannot satisfy all people at all time...

There was a saying by unknow personnality "I donno what are the recipe sof success, but, to please or satisfy all the people is not one them"

Oh that was my rant today.

Sebenarnya tadi aku hampir menjadi "angry-bird" yang hendak melastik seekor "babi"..
Aku pergi membeli surat khabar, agak tengah hari kerana aku tak beli breakfast kat luar. Aku decided untuk masak breakfast utk anak-anak yang tak kesekolah. YEp, angah ada latihan merentas desa with mama dia... So tinggal aku with the rest , another 5.

So pukul 12 camtu aku pun ke seven-e. Park kereta. Masuk dalam , beli paper. Bila nak nak ke kereta. Ada pulak "musuh angry bird" parking kat belakang kereta aku. Dia bukak pintu keluar, aku pun cakap "excuse me, saya nak keluar"

Dia aksi sign language dia ckp.. kejap, tunjuk kereta depan menyatakan dia nak cakap sesuatu kat pemandu kereta depan. Oklah aku rasa part of convoi ke apa, sesat ke apa.

Selepas cakap, dia melencong nak masuk seven-e.

Eh boleh macam tu. Dah lah kereta dia blok kereta aku. Parking belambak kat situ. Kat sebelah kereta aku ada dua lot kosong.. Eish kira banyak lah parking...

Aku cakap lagi,, " Boleh tak u park properly atau ubah lah kereta , sbb i nak keluar"
Dia kata kejap nak beli barang...

Eh boleh pulak.. Park belakang aku, pergi sembang dengan kereta depan and now nak masuk dalam kedai. dan aku kena tunggu lagi...

" Eh kan ada banyak parking. parking elok-elok lah" sambil aku tunjuk tempat parking yang banyak. Apahal hal manusia ni , nak cepat sangat kah? Aku punya nak cepat tak tau.

" Ala kejap ja, wa mau beli barang"
"Ye lah parking lah tempat parking , i nak keluar ni"

Boleh pulak dia nak suruh aku tunggu dalam kereta. Kalau tanak parking pun kedepan la sikit.
"Huyo.. lu sekejap tunggu pun tak boleh" tengking dia.
Eh macam la dia atuk aku pulak. Boleh suruh aku tunggu...

Aku insist" U parking la elok-elok .. tak nampak ke i dah nak keluar ni"
Dia kata " kalau u nak keluar, u ram lah"
Huyooo!!!
Pucuk dicita ulam mendatang lah" Bird tengah angry ni. Aku nampak dia pun macam khinzir dah kot. Terus aku buka pintu kereta dengan cepat. Dah dia suruh langgar kereta dia. Aku pun nak buat la kan..

Bila dia tengok aku macam serious ja terus dia masuk dalam kereta ubah sambil kata sesuatu dalam bahasa dia.. Aku lantakkan dia. Nak maki ke apa ke ada aku kesah. Ni lah bagi betis nak peha. Malas nak parking betul2. Nak pentingkan diri sendiri sambil sanggup menyusahkan org..

Boleh macam tu??..... Macam-macam hal lah...




p.s Atas tu gambar hiasan.. Aisya pun pandai tunjuk tempat parking..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...