Wednesday 28 September 2011

Mengapakah...





mengapakah
kau sanggup meragut nyawa...

mengapakah...
kau sanggup merampas saki-baki hidup gadis itu
hanya kerana ... hanya kerana nafsumu bingkas ditolak??
hanya kerana...cintamu tidak bersahut??
Fikir apakah tersarang dibenakmu?
Atau apakah kau terlalu benak untuk berfikir???




Beritanya:
Siswa IPTA dituduh bunuh pelajar
AMPANG: Seorang mahasiswa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan membunuh seorang pelajar perempuan, dua minggu lalu.
Tertuduh, Muhammad Khairi Nor Aziz, 19, yang kelihatan bingung dan muram hanya mengangguk tanda faham terhadap pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wan Karimah Wan Md Ab Ghani.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang memakai kemeja-T coklat dan berkopiah hitam.
Mengikut pertuduhan, Muhammad Khairi didakwa membunuh Nurul Awathif Mohd Syakir, 19, di rumah No B-119 Apartment Sri Wira, Jalan Ukay Perdana 2, Taman Ukay Perdana, dekat sini, antara jam 9 malam pada 4 September 2011 hingga jam 2.15 pagi pada 5 September 2011.
Bagi pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Faridah Nurdinie Bahrum manakala tertuduh diwakili peguam Zamani Dolmat.
Mahkamah menetapkan 8 November ini untuk sebutan semula kes.

5 comments:

  1. mmg x da langsung good frame of mind nih! sorry to say.... kejam sgt la this teenager.... bakal berdepan ngn hukum gantung mandatori tu.... ape... igt kalo mati same2 dpt bersama jugak diSANA? huhuhu.... berapa ramai lg kt luar sana yg cintanye ditolak... bukan ditolak... dihumban dlm tong sampah pun ade... takde pun meroyan cenggini... sorry... emo je tgk mamat ni mlm td dlm tv.. muka baik sesangat... ala2 muka protege imam muda... tp.... huhu....

    ReplyDelete
  2. Mmg menakutkan bila manusia telah hilang rasa perikemanusiaan dan sanggup membunuh walau atas sebab apa sekali pun. Nauzubillah...

    ReplyDelete
  3. Macam2 bleh jadik bila da hilang pertimbangan..dunia hari in..sigh

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...