Monday, 31 December 2018

Penang Makan Di Mana ? : Restoran Lans Ikan Bakar Tanjung Bunga (LANS CORNER)

Assalamualaikum bloggers and readers..


Okay kali ni nak story tempat makan di Penang. Berbanding tempat viral, aku lebih suka merujuk atau bertanyakan orang tempatan. 

Yess.. local knows better!!

On the way nak ke misi  "jalan jalan cari makan", anak-anak mulalah google tempat  makan  yang best kat Penang.

Maka kat pakcik google keluaqla.


  • Nasi kandaq beratoq,
  • Hameediayah,
  •  Mee udang
  • Sg Dua..etc...Usual suspect..


Uish..tempat tu ramai orang ..yang rasanya  may be sama je dengan tempat lain.. Tak pa Tak pa.
Bukan tak mo try.,, tapi i am enough with Nasi Kandar,  Kat kl pun sedap ja. Lagipun viral punya penangan ni kekadang banyak sudu dari kuah.


Nak beratur panjang tu yang tak larat, nak-nak anak pun bukannya suka sangat, buat stress saja tunggu lama..

(Minggu lepas berkunjung dan bercuti di Pulau Pinang bersama family . Kami stay di Batu Ferringhi. Lama dah aku tak ke sana.. Entry ni  pula tempat aku pi makan kat Penang especially berdekatan  Batu Feringghi.)

 (BACA: CUTI DI PULAU MUTIARA : Double Tree Resort)


Cut  long story mory short..actually nak cut intro short...,

Aku kena  bercerita tentang Restoran ni. Rasanya bila di"google" oleh anak aku tak kelaur pun. Maybe sebab tempatnya di Tanjung Bungah, atau agak jauh dari bandar, entahlah.

Nama restoran ni ialah Lans Ikan Bakar
Di alamat Jalan Tanjung Bunga, Tanjung Bungah , Pulau Pinang.

Dekat Pejabat Pos.


Aku tanyakan akak dekat dekat situ,  kalau kat sini tempat makan mana yang best. Terus dia sebut nama kedai ni. tapi pikitr panjang. Hmm sure best ni.. sebab bila orang kampung confiden mesti takde was was, Eh kampung ke ni.. pinggir bandar kot..

Sampai saja tengok nala punya panjang meja yang dicantum yang ditelah ditempah. Meja lain lain banyak yang kosong kecuali ada satu meja yang mana pelanggan tengah makan.

Hah sudah!! ,, meja ni kalau baru orang nak order ( yang reserve meja panjang tu), tentu lambat la kita nak makan. Tambahan pula setelah kepenatan di Ecsape Park, makan mestilah menjadi saat ditunggu-tunggu.

Tapi pasrah je, tunggu je lah.
Maka kami pun order..Uik sepantas tu juga makan sampai..( ok ok exegerate). Nak habaq pi, kira cepat la order sampai. Sebabnya yang order eserve bebanyak tadi dah siap. Yang kesiannya orang yang reserve taksampai sampai hinggalah kami habis makan. Tentu nanti sejuk udang goreng tepung  tu..

Ok sambung cerita kami..

Dan uniknya bekas ayaq dia.
Loh sib baik aku tak tanya meja sebelah depa order ayaq apa dalam botol macam tu. Teringan bangat..

Rupanya semua air yang dipesan,  dihidangkan dalam botol macam tu.

Harganya pulak berpatutan. Nak kata murah tak, mahal pun tak. Kami order set B yang mana untuk 5 orang dan 4 orang nak yang goreng-goreng amik a-la card je. Memacam perangai kan.. ada nak nasi putih, ade nak nasi goreng. nak ladna la..kungfu semua ada..

best gak. boleh rasa memacam menu.
Ini set B ..untuk 5 orang tapi lauknya macam banyak juga sebenarnya.. Pari bakar tak nampak dalam frame..meja  tak muat

Mihun tomyam..Along punya order..tomyam best rasanya..rich and creamy

Rangup,, si udang goreng tepung.


Sotong Goreng Tepung,,



Ni ha, bekas botol air yang aku maksud kan..sib baik tak tanya meja sebelah air apa tu. Presentation penting rupanya, semua air dlm bekas cam gini








Friday, 28 December 2018

Kelakar gak pagi ni..

Assalamualaikum bloggers and readers..

Bersantaian memandu ke ofis pagi ni. Menikmati suasana cuti sekolah yang meberikan kelancaran trafik. Ada beberapa hari lagi sebelum tahun baru untuk aku menikmati perjalanan lancar bak ball bearing cukup gris.

Pagi Jumaat penuh barokah.. juga semoga kita semua diberkati. 

 Buka  radio. dah jadi carca marba setting siaran radio nya. Yelah anak anak naik, ade je ditukarnya channel setting.

Tiba-tiba keluar lagu " Taki taki taki taki rumba"

Wah tentu ramai "berumba-rumba" malam tadi nya..

Layan.. 
Music yang catchy, masud tatau . tak penting ... tapi biasa lah aku layan  je mana yang best.


Sampai ke tol, ada 2 smart tag lane, di mana line sebelah aku "stuck". 
Tu lah driver rumba banyak sangat, smart tag tertinggal ke ni??

Kena la depa reverse..aku tenang dan santai, sebab dah memang terbiasa aku menyaksikan orang me"reverse" dan u-turn ni. Eh u turn pulak.//wohahahahah

Ada kereta lane sebelah pun nak masuk ke kanan. dia bagi signal dan masuk belakang aku. macam gopoh gapah je dia ni.

Aku pun tinjau rear mirror..

Tu dia sorang pompuan...
mak ai,mulut dok marah marah. Aku tau dia marahkan pemandu yang reverse kat lane dia tu.

B*d#h,,bla bla bla..
yang pastinya perkataan "bodoh" aku dapat tangkap. I can read lips..wohahaha. Dengan dok jeling ke kereta sebelah.
Tapi more of mencarut sorang2 ..
Pot pet  pot pet!!  Nala punya marah akak ni


Aku ketawa sorang-sorang.
She makes my day.

Kepada sapa yang kerja dengan dia..watch- out. Siap la korang. Kereta Mitsubishi. Plate WCC something.

Pesan kawan aku " Beware of sexually unsatisfied lady"

Tatau whether relevant ke tak

Wohahahaha.

happy near year folks

Monday, 24 December 2018

Cuti Di Pulau Mutiara P.Pinang: DoubleTree Hilton Resort Batu Ferringhi

Assalamualaikum bloggers and readers..


Cuti persekolahan yang kian sempit masanya.
Lurvy jaga periksa SPM sebagai Ketua Pusat SPM amende tah. Exam sampai petang, petanglah dia bertugas. So habis SPM setelah sekolah bercuti banyak hari lah kan..
Yang aku tau dia bertugas untuk SPM.
Jadi rancangannya pun akan padat.
Ada kenduri anak buah at my home town
Angah masih ada exam tak balik pun kenduri.
Hujung minggu lagi satu ke Melaka, resepsi sebelah lelaki..

Jadinya memang molek lah untuk cuti cuti Malaysia, di Pulau Pinang. Aje..
Dan tempat dipilih ialah pantai dan taman tema. Penang sebab “on the way” (otw) dari Kedah.
Pantai, Batu Feringgi dan Taman Tema ialah Escape Adventure Park. Something for everybody!

Hotel. 

Hotel yang dipilih ialah DoubleTree Resort by Hilton, kata kawan sorang ni, dulunya ialah Ferringhi Beach Resort.

“Feringghi tu org Ferringhi ka abah”

Tanya anak merujuk kepada orang Portugis.
Entahlah, abah tak pasti dan tak nak ubah sejarah macam org lain nak buat.. 
Orang Peringgi/Feringghi kat Melaka kan..
“Sapa lak nak ubah sejarah”

Ermm soklan menarik… “History is wriiten by the victor.”

Sapa yang menang pertempuran akan tulis sejarah peperangan mengikut kehendaknya.
Ok cukup.

Macam best je hotel ni dalam internet. Lagipun jenamaan Hilton kan.. Tak leh Conrad Hilton Maldives, mai Hilton sini dulu nak rasa feel.

Overall, so so jer hotel ni. Boleh lah 7/10 overall rating aku.
If depa lebih amik perhatian kepada  customer, mungkin boleh rating 8.3 kot. Well, aku bukan nak buat review .

 Makanan ( breakfast memang best) Staff F&B memang friendly habis.
Sedap dan banyak choice..

[Komen pasal hotel ni, kalaulah depa lebih amik perhatian ( more attentive  atas keperluan guest , ...

BACA: Aku dapat 10,000, yahuuu]

Bilik menarik dan besarrrr..

. Serious… Aku amik bilik lain sikit dari Standard room. Ala... nak yang ada balkoni. Konon nak ngeteh ngan Lurvy kat balkoni. Rupanya bilik anak-anak bapak punya besar. 2 katil super single. Ada sofa lagi bilik depa.

Ok lah depa bertiga kongsi. Tapi kan memang "spacious". Family of 4 pun boleh masuk sebilik..wohahah. 

Selesa kot. So aku big family kena 3 bilik la. Dengan anak bujang semua.. Ruang bilik memang puas hati.Yang penting anak-anak happy,,














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...