Saturday 4 February 2023

Masih di sini ceritanya

Boatman ni ni pun boleh tahan kelakar dia.

Kan.. bila nak sampai Nusakuya ada banyak rumah atas air. Ada yang saiz besar-besar jugak. Ada yang macam kena tinggal atau mungkin musim tertentu sahaja tuan dia datang. Ada yang mcam kelong kot tempat memancing ikan.

Bila sampai rumah/binaan yang uzur dia slow dan bagitahu dah sampai. Anak2 tengok, eh ya ka. Macam percaya tak takkan la resort cenggini. Ya la rumah lama
.macam kena tinggal atas air.. huhu.
Pastu dia speed semula.






Sampai Nusakuya register dan check in . Bilik dah siap dan kami terus melihat keadaan. 
Rating 6.5/10. Saiz bilik boleh la. Toilet could improve tapi still ok.

KAt belakang bilik boleh terus terjun laut. Ada balkoni dan pelantar. Ikan ikan pun banyak.. bawa je makanan . Roti ke apa ke..untuk melayan atau menyantuni ikan yang datang.

Akmal terus berenang, Memang itu yang nak kan. Air jernih . 
Ketam pun banyak. Yang kecik2 kecik ja.


Lepas tu terus lunch.. BUffet. Makanan dia simple sahaja tapi masakan sedap la. Maybe lapar kot. KAlau pukul 2pm dah macam 3pm suasana dia kat Sabah ni. 6 am pun dah cerah.

Petang lepak menikmati sepoi2 angin . memerhati bot bot lalu lalang serta sampan-sampan nelayan mencari rezeki.

Angah layan kayak transparent bersama Yasmin.

Lepas Maghrib pergi dinner. Set yang telah di tetapkan. Still agak memuaskan . Expectation aku lebih wow lagi. Ada ketam dan ikan tempatan. Nama pun aku lupa. Tapi kat sini memang aku tak pernah tengok atau beli. Rasa ok lah.

Keseluruhan meal yang dihidang sesuai dengan tekak tetapi maybe boleh dilebihkan menu dan entahlah wow factor kurang la. 

Makanan 6/10.
Sedikit kecewa..sikit ja. Betul..sikit ja

Eh bukan aku jadi terer nak memadai- mandai rate tau, bab-bab ni tak pandai tapi ikut pendapat aku lah dan citarasa aku. Bukanlah chef ka apa.

Suasana resort pulak.
Keseluruhan nya 7/10
Kebersihan 7.5/10
Cantik/intagramable 7/10.
Staff 7.5/10
staff friendly dan ramah serta sangat membantu

Ok lah .. 

Value for money 7/10.

why? tempat ok .. Tahu lah kan keadaan laut dan keindahan semula jadi. Anugerah Allah yang maha kuasa. Memang cantik laut kat sini.

Sepatutnya resort perlu ada wow factor to compensate the surrounding beauty.

Might repeat?
 May be not. Try yang lain lah pulak. Logik la kan. Selalu nya org akan nak merasa resort dan suasana lain. But ada juga orang yang akan repeat kalau betul2 jatuh cinta. Hahahhahah. Not today babe.. not this one. wohahahhaah.

Eh bukan tak best tau. Best. Boleh lah korang nak merasai.


1 comment:

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...