“Aku pun baru nak recover demam, dekat 2 minggu dah jugak ni”
tambah ayat sambil hint sikit-sikit supaya jangan expect tinggi sangat.
Ok kita main santai-santai sahaja. For fun. Ok set!!
Sabtu 30 Julai 2022. Alumni anjur kejohanan badminton.
Tak de kategori-kategori. Semua dihumban dalam satu kategori.
Aku hari tu kan on medical leave (MC), penangan influenza A . Dari hari Rabu sampai ke Rabu. Batuk-batuk dan
hilang suara masih mengganggu. Batuk berkahak dan merimaskan..
Ujiannn..
Aku nak call kawan aku kata nak kansel main kot kan masih kurang cergas
Tapikan, kawan dah book aku sebulan
dulu lagi. Patutnya masa kena IA tu aku dah inform.
Tapi infected 20 Julai. Ada 10 hari kot nak baik.
Takkan lah lama sangat demamnya.
Tapi
sampai 28 Julai, Khamis, lagi 2 hari masih belum pulih sepenuhnya. Lama kann..
Hari Khamis tu ingat nak repeat ke klinik kat Gleneagle la
pulak
Tapi kerja sampai dekat maghrib, maka tak jadi pergi lagi.
Dalam hati “ Kalau tak baik ni macam mana? “ Game lagi 2
hari.
Stamina semua out. No jogging no badminton 2 minggu lebih.
Fitness zero!
“Yang. Esok kena pi klinik/hospital lain pulak. Maybe kena
tambah dos ubat kot.” aku ajak Lurvy
So ambiklah anbiotik sehari sebelum tournament.
Wife kata " tak payah la pi main."
“Yang.. ni macam kita dua tau. Takde Yang... macam hilang
separuh nyawa. Badminton acara bergu kalau abg tak pi dia mana boleh main
sorang.”
“ Eh apahal sampai kesitu contohnya. Macam tak kena ja. Nak
pegi main pergi je lah”
On.
Main lah seadanya.
Dan opponent umur 2o-an dan 30 -an kot.
Sebab kami yang paling senior.
First game menang! Aih boleh menang?
Second game menang juga. Lah! Tak leh balik awal la ni.
Masuk quarter final menang juga.
Semi final kalah.
LAwan untuk tempat ketiga, menang!
Tak balik tangan kosong.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again