Thursday, 5 August 2021

Step pertama nak pasang wainscotting.

Assalamualaikum bloggers and readers..

Aktiviti di rumah sempena PKP. Sebenarnya tak banyak aktiviti yang dijalankan sepanjang pkp kali ni. Kerja jalan macam biasa. Work from home. Virtual meeting dan lain lain. So menunggu hujung minggu. Ada banyak yang dirancang. 

Yang pertama pasang winscoating. Dan lama juga tertangguh. Lurvy asik tanya dan tanya. Sbb dia menunggu nak order barang dan nak susun di ruang tamu

Lepas tu bila selagi  tak start buat wainscotting, memang tak leh susun la ruang tamu ( Living area ).

 Sebab nak kena cat dinding dulu. Kalau pasang perabutan lain, nanti terkena cat pulak.

So kerahan tenagaaaa!!! Anak2 yang dok memerap dlm bilik dan nampak boring tahap gaban tu kita kerah,..

Pertamanya buka wall paper lama. Macam senang sahaja. Tengok youtube.. Letak air. Berupp! tarik turun sekeping. 

Teori ya, tuan-tuan. Tu lah jangan percaya sangat Youtube..tengok boleh ..bersiap sedia utk hadapi realiti yang berbeza dari Youtube..wohahaha

Praktikalnya hampeh. Kena kikis juga. Ambik masa woo.. tapi masih ok lagi. sebab buat santai santai kan. Releks sudah..

Kemudian cat,,hehehe ..siap ahad nya.

Aku pilih Jotun .. Code name Champange 1998




Sebab apa buat jugak??. Mesti kena cat dulu sbb barang ikea nak sampai petang Isninnya. Tu yang kalut.. Siap tak siap barang akan sampai..tu yang pulun

So boleh la kerah anak2 yang dok rumah buat kerja-kerja. Suka rela atau paksa rela.. kena buat jugak

Now baru masuk shoppee..tengok stok kayu wainscotting ada yang ada stok . ada yang sold out.. 


"pending" lagi la nak..



Ni color dan code cat.. Spring Champange 1998


Update:
Disertakan photo- photo kerjasama anak beranak dimusim pkp..

Spray spray..tarik wall paper

Susah jugak..sib baik tak satu rumah!

Helping hand


Proses mengecat


Update 2:
Wainscoating dah di order.. tapi kena dua kedai sbb ada yg tak ada stok.. kita tunggu delivery ya.


STEP KEDUA. MUDAHNYA MEMASANG WAINSCOTING . BACA DI SINI

1 comment:

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...