Wokeh.. Kali ni nak cerita pasal LAMPU pulak. LAMPu ialah singkatan
Light And Motion Putrajaya. Tahun ini ialah kali ke 5 diadakan di Presint 3
Putrajaya.
Sebelum tu. Kalau nak baca part ni, aku nak bagitau pasal
e-wallet, digital money lah. Bukan pasal bitcoin ya. Sebab aku pun tak arif
pasal bitcon tapi Bitcoin naik mencanak-canak. Alasannya ialah, pada pendapat
aku, orang yang tak tau pun ikut serta.
Join the crowd. Crowd yang depa join pun ikut kata orang. Tu tanda-tanda
mengerikan bagi aku. Bubble dan hyperbolic.. Plus incrediblbly high return..
Too good to be true? Apapun…Aku akan kaji lagi. Hypothesis aku mungkin tak
betul. Prinsip aku ,Apa pun aku tatahu aku tak akan involve.. kalau aku tak
paham, dapatkan ilmu dulu. Jangan main
ikut saja. Boleh ke tak boleh. Apa fundamental? Komoditikah? Financial instrument
kah? Atau currency? Siapa regulate? Kalau takdak regulation ni agak (atau
sangat ) berisiko tinggi… Fullstop.
Kembali pasal e-wallet. Jauh melalut pasal cryptocurrency kenapa.?
Semasa pergi LAMPU ada company offer service e-wallet. Daftar
saja.. E-wallet anda kan dikreditkan RM15.00. Dan boleh shopping kat gerai
gerai yang berniaga kat Dataran Putrajaya. Simple. Nama apps tu ialah
PrimeKeeper.
Sesiapa yang nak pergi kalau nak voucher RM15.00 ni boleh
lah download apps ni dan lengkapkan pendaftaran kat umah lagi. Pergi ke booth
depa buat verification saja. Kalau nak download 23Mb apps pun, kalaudah ramai
orang bukan main lambat . Sebab network anda akan congest kot.
Kembali ke cerita asal.. LAMPU ni agak menarik.. Boleh
direkemen untuk orang berdekatan Putrajaya datang. Suasana yang cantik ye lah
dengan lampu bergemerlapan. Yang paling menariknya digital light and sound
show. Skrinnya ialah Bangunan Istana Kehakiman..
Tempat yang lapang. Boleh la releks sambal santai kat
dataran.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again