Kalau ke Terengganu tak salah kalau tak makan sotong celup tepung. dalam banyak-banyak celupan, sotong yang Lurvy suka. di Restoran KST ( Kota Bharu) pun makan sotong celup tepung, di Terengganu masih mencari sotong..
Sebelum sampai K.Terengganu ramai yang cadangkan makang di Penarik. Apahal asyik eja makang je ni.. Di Penarik pula mesti banyak kedai kan..maklumlah tepi pantai
Tips orang Terengganu mudah je..
" Mana mana banyak orang singgah mu singgah. Kedai mana ambe tak pasti. Tu jer cara dia"
mak aii senang punya tips nak cari kedai sedap.
Dia tambah lagi..
"Bukang aper, kedai ramai orang mesti semua ader, sotong celup tepung ade. ikang ade, udang ade, ketam pun ade' Tu jer nak bagi tau... Ambe pun jarang makang kat Penarik, Ambe dok main kat KT jer"
Hok aloh....
Nak tak nok nekad je lah.. di mana brek ditekan di situ kami singgah.
Rupanya kedai yang kami singgah adalah kedai yang baru.
Baru beroperasi hari ni. Serious!!
Masa bayar bayar tu . Tuan kedai ucap terimaksih bersungguh-sungguh dan minta maaf kalau ada apa yg kurang.. Moga dia terus maju dan harapnya dia ambil semangat dan jaga customer macam fisrt time dia buka kedai...
Hope everyday is first day bagi dia!!
Ok bab makanan pula. Sejujurnya makanan dia biasa sahaja. Ikan rasa ikan la kan. Beza tepung celupan tu lah. dah yang penting mesti panas .
Kalau dak sejuk..hambar la kan.
Aku tunggu yang baru di angkat. Panas panas!! Ikang sekor RM6 dan sotong RM10..
Order banyak juga tapi orang Kedah mesti nak nasi, Ayah nak makan nasi, nasib baik ada . Lega.
Kami ingat nak makan celup celup aja..
Kesimpulannya :
Makanan biasa dan rasa pun biasa..
rating: 7/10
Anak anak makan sikit kemudian nak ke pantai yang lebih..Abah juga kena habiskan
Dah la lama tak bersenam akibat cedera bahu.Habis diet!!
Tapi trip ni jalan jalan cari makan kan.
.layannn
Deruman ombak kedengaran dengan jelas. Musim tengkujuh kot |
Breakfast Esoknya di Restoran Az Selera Timur..
Ramai nya orang , mungkin orang bercuti juga.
Dan banyaknya jenis makan.
laksa
laksam
nasi dagang
nasi minyak
roti canai
nasi lemak
tu yang kami order ..yang lain menu maybe ada lagi.
Memang authentik Terengganu. Sebabnya? Laksa kuah macam kari. Pelik pun ada. Angah kata macam mee kari..
Cuba je lah, tak cuba tak tahu.
ok la.. boleh la..
di rekemen kan
8/10
sedapnya celup tepung.. lama dah xmakang
ReplyDeletekat kuala kemaman pom ada byk kedai celup2 tepong..
ReplyDeletemmg femes kat ganu ni ..
Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ini. :)
ReplyDelete