Catatan perjalanan Europe..1 dan 2
Walaupun agak lama tergendala aku cuba titipkan kat sini
pengalaman dan explorasi aku kat bumi Eropah . Road tour atau backpack atau
road trip aku pun tak pasti apa jenis perjalanan aku. Mungkin Hybrid ( campur
aduk segala).
Mana idak ny, aku travel dengan train , sewa kereta dan amik
flight tambang murah juga. Semua merasa. Cuma basikal Sahaja tak naik walaupun
kat Amsterdam banyak sungguh basikal.
Tapi banyaknya aku travel dengan kereta. Kereta sewa.
Tak ramai yang berani memandu kat Europe ( Pembetulan: Sebenarnya Ramai yang travel dgn memandu sendiri).
Mungkin atas sebab tak biasa , tak tahu jalan atau sebab keselamatan. Cara
pemanduan di sana stereng di sebelah kiri juga agak mengelirukan, namun
sebenarnya ianya boleh diatasi dalam 1 atau 2 jam pertama. Bak kata orang “ The
important thing in survival is adaptation” .
In sha Allah sekejap sahaja boleh kita adaptasikan
pemanduan “left hand drive ni”
Yang berangan nak drive |
Yang sebenarnya dipandu.. |
Pembantu pilot...aka navigator... yang dok perati gps dan map |
Namun berhati-hati dan focus lah selalu. Kalau ralit mungkin
menyebabkan tersalah masuk lorong dan boleh mengundang bahaya.
Mulanya disini.
Bagi aku di mana anda bermula tidak begitu penting . Yang
penting anda bermula di satu tempat dan berakhir dengan selamat.
Aku buat research bermula 2 bulan sebelum bertolak. Oh
ya..angan2 nak travel dah bertahun.
Plan 2 bulan..wohahahaha.
Research aku kebanyakkannya dengan kaedah baca blog blog travel sambil
berangan2 (berangan lagi) untuk tulis trvelloque seperti mereka.
Yang kedua survey peta, ya aku survey peta berdasar google
map. Amik point A ke point B, contohnya dari Brusell ke Amsterdam, berapa jauh
dan amik masa berapa lama untuk memandu ke sana. Biasanya aku target sampai
pukul 6 ptg. Just untuk tidor dan melepaskan lelah semata.
Tetapi hakikatnya, kebanyakkannya kami sampai ke BNB yang dituju
dalam pukul 10.00 malam. Planning error dikesan hari pertama memandu lagi iaitu kena plan sampai awal dari
jangkaan . Pertamanya kita tak tau trafik sana. Kedua, kita tak pasti simpang
akan terlepas atau tak. Ketiga, mungkin public transport yang kita ambil akan
delay.
So kena plan sampai awal lagi supaya ada ruang masa kat
situ. Anyway sampai pukul 10 pm tak lah terlalu lewat , Cuma mungkin kita akan
mengganggu host yang asalnya kita maklumkan sampai pukul 8 pm.
Jadi, jadilah rakyat Malaysia yang prihatin., dengan menelefon dan memaklumkan
kepada host anda bahawa kelewatan akan dijangkakan.
Dan...sebelum tu..Random Photo :
BUDGET
Macam mana nak budget
ya??
Mulakan dengan budget keseluruhan anda..katakan RM8,000 .
Sharp/ Genap. Tak leh kurang atau lebih waima satu sen.. Amboi melampau kan.
Jadi, mula-mula pecahkan kepada bahagian yang besar besarrr
dulu, dan perbelanjaan yang pasti.
A) Penginapan.
Yang ni pasti ! Nak tak nak mesti
incurred kos ni. Walaupun anda pergi satu tempat dan stay 5 / 6 hari atau anda
on-the-move. Macam mana pun malam mesti kena cari tempat penginapan. So bagi
aku yang ni nombor 1. Tidur mesti mau cukup dan agak selesa. Makanan boleh
dibawa dari Malaysia. Katil anda tak mungkin. So plan kos ni dulu.
Setelah tu baru lah makanan,
pengangkutan. Tiket masuk tempat-tempat tertentu yang menarik dan lain-lain
termasuk survenir . Dan yang penting, anda tidak akan boleh pergi, lawat dan
masuk semua tempat. Semua kita ada kekangan. Tak boleh amik semua dan kena
letgo sesetengah perkara. Ingatkan dalam diri supaya balik nanti jangan dok
tertanya-tanya kenapa kita tak naik tu, tak pi sana, tak stay lama sikit.
Sebabnya mudah kita manusia ada limitasi, tu ja. Jadi make do dengan apa yang
sempat dan boleh.
Kekadang apa yang kita rancang
dengan teliti pun tak tercapai sebb factor cuaca. Kena ingat bahawa Allah tu
Maha Merancang. So kita tak akan ralat walau apa yang berlaku.
Contohnya, masa di Swirzerland
kami naik ke Jungfrau, Top Of Europe. Antara kemuncak pengembaraan. Siap pepagi
lagi bertolak, amik early morning tiket,
tiket early morning ni murah, macam special rate gitu.
Dan, biasanya kat sini Malaysia atau khususnya
kalau nak Kinabalu ( atau Kundasang) elok pepagian.. sebab, kalau dah lewat
awan akan naik menutupi puncak Kinabalu. Dan akan menutupi permandangan.
Jadinya kami pun bergerak awal.
Tapi apakan daya mendung seharian dan kehujanan. Habis berkabus dan siap salji
tuturn lagi maka permandangan pun terhad. So let it be. Dapat juga main salji
kejap..
Makanya rancang tetap kena rancang..
kos perbelanjaan akan menentukan tempoh percutian/perjalanan anda .
b) Makanan.
Anda boleh tapau dari Malaysia.
Atau makan local food. Kita tak banyak pilihan bab ni sbb samada makan Brahim
food, maggi dan sewaktu dengan nya atau makan kebab dan kebab , dan kebab.
Macam-macam jenis kebab boleh dapat kat
Paris atau Dortmond contohnya , malahan ada juga dihidangkan bersama
nasi. Jadi jangan risau bab makan. Budget kan Euro 20.00 sehari. Ni pun kira
lebih dah ni.. Kebabnya ..mak aii besau besau!!
Bagi kami ada pilihan lain iaitu
bawa beras !! Wuhooo
Disebabkan banyak duduk kat BnB maka kelebihan adanya alat
memasak kami manfaatkan sepenuhnya.
Bayangkan makan nasi (beras cap
Rambutan) panas-panas berlauk sadin dalam kesejukan gerimis hujan berlatarkan
pergunungan Alps di Switzerland.. Perghh , nikmat.
c) Tambang ( Bayaran tiket attraction.)..dan juga untuk shopping
Walaupun memandu dan boleh kemana
mana ceruk , ada tempat yang kena naik train juga. Takkan nak drive sampai ke
Puncak Alps bagai, contohnya. So kena beli tiket train atau pengangkutan yang
sesuai ke sana. Pilihlah satu atau dua
tempat yang mesti anda kunjungi dan budget ikut kesesuaian. Apapun budget ni
sangat sangat subjectif.. Shopping lagi la subjectif….grrr.
Ok sambung balik..
Kami pergi naik Oman Air..
Oman Air? Aku pun tak terfikir nak
naik Oman Air. Cari dan cari tiket yang ada tawaran baik punya makanya
tersampailah ke Oman Air punya web. Dapat harga pergi-balik(return), multicity
..di ulangi multicity dengan harga RM2600 seorang.
Tiket multicity tu apa dia pulak.
? Multi-city tu bermakna pergi destinasi lain dan pulang melalui destinasi
lain. So dengan multicity tak perlu bertolak dari bandar yang sama.
Tiket kami hala pergi destinasi
yang di tuju ialah Paris (CDG) dan balik melalui London (Heathrow) . Dengan
harga satu pembelian. Kalau beli satu hala
untuk pergi dan kemudian satu hala balik kemungkinan, malah selalunya, tiketnya
sangat mahal.
Oman Air pun pun Oman Air lah…
Yang penting tujuannya sama.
Destinasi A ke destinasi B. Selebihnya tawakkal.
Tetapi sebenarnya not bad. Cuma
bukan direct flight. Ok what..boleh jejak kat Oman.. ( err Airport Oman je lah
pun)
Transit di Muscat |
Ada peristiwa yang tak sanggup
dilihat berlaku dalam penerbangan ni. Benda ni wujud zaman sekarang ja
kot.. Dengan ada In-flight
Enrtertainment. Musik,, ear phone dan lain-lain lagi ada juga isunya.
Aku rasa Malaysian kot, Malaysian
Chinese ( or Chinese Malaysian) yang tak puas hati , Jerit jerit , marah marah
dalam bahasa Enggeris, Puncanya sebab flight yang kami naik tak ada WIFI.
Betullll, sebab tak ada wifi.
Lama juga stewardess tu nak
explain dan pujuk. Dan stewardess ramai
orang Indonesia.
Zaman globalisasi katakan..Airline Negara Arab. Pilot dari Asia
Timur ( macam Korea kot dengar nama dia). Pramugari dari Indonesia. Penerbangan
menuju Eropah. Yang kami pula, dua Melayu sesat kat situ juga..
Aduyai berbalik kepada isu
tadi .
Mungkin dijanjikan WIFI kot dalam penerbangan sebab ada juga option WIFI
tu kat panel .
Tapi sungguh-sungguh marah tu tak
boleh blah!!!
Transit Oman Air 45 minit macam tu
ja.. turun saja terus rush naik flight menuju Paris. Cemas. Nak merasa bumi
Oman konon. Penerbangan kami dari KL pun delay sikit. Lagi lah "hura-huru" berkejar..
Paris Kami Datang....
Menuju ke Paris tiada incident
marah-marah lagi walaupun WIFI tak dak juga. Mungkin penumpang tadi transit nak
ke Rom atau Milan. Aku melayan movie
Hindustan. DILWALE.. perghh.. tengok juga aku cerita ni. Cerita ni hancuss..
hanya lokasi yang indah menyelamat plot dan Jalan cerita..uik review pilem
pulak dah,
Lepas tu layan “Instanbul Aku Datang’
separuh Jalan..on semula tgk balik. Layan Kungfu Panda 3.. sedar sedar hamper sampai
Paris Charles De Gaul Airport. Wah ,, dah international jugak ni..
Kira dah boleh merealisasikan
impian ke Paris ,, semakin hampir.
Nampak lah kehijauan kebun anggur atau ladang gandum.. tak pasti. Nampak hijau
ja..
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again