Monday 18 May 2015

Hero tak didendangkan..

Assalamualaikum bloggers and readers..

Cuti hari buruh dijadikan alasan untuk memanjat Bukit Broga , untuk kedua kalinya. Kali ini sekeluarga ikut sama. Yang dulunya hanya bawa anak2 lelaki, Kali ni dengan yang paling kecik pun pergi juga.

Dek kerana utamakan keselamatan dan tak mahu bebanan yang berat maka kamera dslr ditinggalkan. Jadi tak payahlah berkejaran selepas subuh untuk ambil gambar sunrise.

enjoy juga sbb suasannya m asih meriah dengan warga menghabiskan pagi di situ.

Semalaman hujan agak sbb denai dan trek laluan basah namun tiada air yg bertakung.

Aku menyukai keadaan begini daripada musim kering yang menyebabkan kelikir atau batuan boleh tergelincir.

Siraman air hujan meyebabkan tanah menjadi kejab, padat dan tidak licin kerana tiada air bertakung dan lecah.

NAmun aku kagum satu perkara.

Ada seorang lelaki yang menjadi hero yang tidak didendangkan.

Sebenarnya dua orang, mereka berdua mengutip sampah yang ditingggalkan oleh pendaki.

Walaupun kebersihan agak memuaskan, pada skala Malaysianlah, namun dua orang ni kira rare lah.

Membawa nak plastik bag, dan mengutip dan memberi nasihat berunsur hijau dan meraikan keindahan.

Salute!!

p.s nanti gambar depa akan dimuat naik dari dslr.

1 comment:

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...