- "Bapa saya sudah meninggal..kena bom". Itulah antara yang tercatat di akhbar hari ini. Simpati dan sedih aku membanyangi.
- Kesudahan yang aku bimbangi telah berlaku.Walaupun kesudahan yang hakiki belum pasti kerana kepungan belum berakhir.
- Alfatihah kepada syuhada yang mempertahankan negara. Tahniah kerana pemergianmu dalam keadaan mempertahankan kedaulatan negara. Ingatlah semua akan mati, bagaimanakah nasib kematian kita pula?
- Dalam pada itu salam takziah kepada keluarga Allahyarham. Pemergian para syuhada adalah kehilangan besar pada mereka. Moga dipertemukan kembali di Jannah.
- Namun aku agak musykil kerana khabarnya kematian akibat mortar. Persoalan adakah musuh membawa mortar.
- Kalau akibat mortar musuh, macam mana intelligent tak dapat menghidu yang mereka bukan sekadar membawa mesingun. Malah senjata mereka lebih dari itu.Apapun itu sekadar andaian aku. Harap salahlah.
- Dalam pada itu pujian ke atas pihak keselamatan. Setelah lama bersabar dan cuba elakkan pertumpahan darah, tiada pilihan / option lain lagi.
- Walaupun agak lambat ternyata askar dan polis kita memang sabar. Segala pertimbangan telah difikirkan sehingga serangan dilakukan pada hari Jumaat.
- Memang pelik kejadian ini. Apakah tujuan mereka.?Aku yang memang ada kampung pun, tak balik kampung dengan bawa senjata api, malah senjata tak ada api pun aku tak bawa.
- Ini kononnya balik kampung bawa geng dan senjata. Huh, pelik punya orang kampung.
- Sabar ada hadnya. Negara kita milik kita. Wajib kita pertahankan.
- Jika ini kesudahannya, inilah. Terimalah.
Saturday, 2 March 2013
Sudah begini kesudahannya...
Assalamualaikum bloggers and readers..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sedih.akhirnya ada yang terkorban.
ReplyDeleteAl-Fatihah buat arwah2, semoga ditempatkan bersama para salihin.
ReplyDeleteSememangnya tak berapa suka kisah ini, sebab tak tahu mana benar, tapi memang berharap perkara ini bukanlah berkaitan agenda politik. Ini perkara yang melibatkan nyawa, cuma amat berharap tiada lagi kehilangan nyawa dikalangan pejuang kita. Al fatihah buat yang tel pergi cuma iringan doa agar keluarga yang telah terkorban terus tabah dan moga nasib keluarga pejuang yang gugur ini terbela.
ReplyDelete