Assalamualaikum dan selamat meneruskan ibadat puasa …..
Kebetulan aku tertonton berita RTM. Entah kenapa lama sangat aku yang patriotik ni ( cewah..) tak tengok RTM. Kalau remote TV tu no 1 dan 2 elok lagi. Tak kelabu pun. Tapi remote Astro tu no 1 dah pudar sbb dok tekan 811 la, 611 la..
Anyway, yang tertonton pun sbb berita. Aku tertarik dengan “crawler” ( yang tulisan kat bawah tu, yang berjalan pi mai pi mai) berbunyi.
“Olympik: Lee Chong Wei menang bergaya…”
(Nota: Tak pasti lah perkataan bergaya tu yang tertulis tapi menggambarkan menang dengan mudah la.. mungkin ayat lain tapi pengertiannya begitu).
Teruja juga aku. Sepanjang pendengaran dan pembacaan aku semalam LCW memang 3 set. Dan baru lawan satu game. Dengan Ville Lang apakenama tah.Dari Finland..
Argh mungkin ada lagi satu games yang aku tak perasan…
Aku pun tunggu sampai habis berita.
Yelah! Games yang 3 set tu lah yang dimaksudkan! BREGAYAKAH???
Uik. Terganggu sekejap aku.
Jadi bengong jap.
Menang 3 set, menang bergaya????Walawehhh!! Biar betul????
Mimpi ngeri aku,.
…mau tak ngeri , sampai kena tulis blog pasal ni.
Aku memang tak paham sesangat.. Tu yang aku rasa RTM dah jadi RaT1M.
RaT1M… ??? yelah amik berkat nombor 1 tu. Semua 1 sahaja sekarang ni.
Tapi kata Najwa Latif.”kosong kosong oooo”””
Antara 1 dan kosong Najwa latif, Najwa wins hands-down.
Balik kepada RaT1M… … Tu lah bila aku membebel kat blog ,mulalah aku kait sana sini..
Tu yang malas tu.
Tapi kalau tak cerita camnilah jadinya.
“Menang tiga set menang bergaya???
Jangan nanti ada statement “LCW kalah bergaya” sudah…. Jahannam jadinya.
RaT1M??
Dengan Logo yang tak logo..(Cannot go, cannot go…)
Dengan lagu nya, yang, eish tak tau nak komen dah. ( Najwa, pls cipta lagu untuk Hari Kebangsaan boleh)
Dengan liriknya… Hadoi… ( Mungkin aku boleh tulis untuk Najwa…”Matanya lirik2 selalu…Eh! lirik lain tu. Sorry Lurvy, that lirik for you)
Agak2 lah korang Mat Kilau , Tok Bahaman, Tok Janggut waima Mat Indera marah tak dengan polemik Merdeka tahun ni??
Korang pikir la
p.s Anyway RaT1M tu trade mark aku…hahahahha…boleh claim trademark dak…?? ( eh eh tak nak la)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again