Sunday 10 July 2011

Bersih tak guna!!!!!! Baca sampai habis..

Bersih memang tak guna.
Bersih nak menjatuhkan kerajaan.
Bersih membawa anasir subversif.
Bersih akan bikin huru hara. Memang patut dijahanamkan.
Bersih terpengaruh dengan cara politik timur tengah.
Bersih tak mahu keamanan....
Bersih bersih....
Bersih itu dan ini....bersih tak bersih pun.
Nak lawan kerajaan kena cara demokrasi...
Gunalah peti undi
Kenapa perlu berhimpun... ???

Aku tak pergi pun perhimpunan.
Aku tinjau dari IOI mall saja...
TAk jumpa pun...
Aman saja tempat aku...
Tak dak unggun kuning pun...

Wokey,, pembaca sekalian!!
Maaf dgn statement kat atas. Bukan statement aku...
Aku ulang, bukan statement aku...
Aku petik dan aku garap dari pembacaan dari akhbar arus perdana.
(Tetapi yang perdana arusnya kurasakan agak perlahan..dan makin hari makin perlahan.)
Tetapi arus itu yang terlepas dahulu..biarpun arus itu membawa bangkai dan busung membusuk...tentu banyak lalat menghurung,,agaknya..
"Under current" rupanya lebih pantas dan bingkas menyorot berita.
Lebih terampil untuk dilafaz secara ilmiah...

Itu lah pendapat aku....
Aku setuju satu statement saja kat atas..
"Kalau nak lawan guna cara demokrasi kat peti undi"
Yang lain-lain aku tak pasti tak tanak komen... pasai subversif bukan aku ada inteligen pun nak siasat..biaq polis / askar...

Wokey....
lawan cara demokrasi...
Sapa kata tak nak lawan cara tu..
sapa kata puak ni nak angkat senjata.... ( depa yang kata kot?)
memang dari dulu la buat macam tu pun..dari tahun ke tahun ke peti saja lawannya pun

Cuma..
depa nak tuntut satu...
Nak lawan bagi lah referee yang ADIL..
awat susah sangat ka...?
MAcam mana nak lawan kalau referee asyik kena komplen saja..
Susah ooo nak lawan kalau macam tu..
Dan itulah yang dituntut.....
Bukan masalah aman ke tak aman... sayang negara ke tak!
bukan bukan bukan..
Sekarang SPR lega...
isu dia dah boleh pass kat polis/kdn.
HAhahahahah

aku terlepas (kata SPR)...kali ini org marah polis pulak.
marah kerajaan... marah dan marah..
isu pokok tak selesai.....!!!!!
SPR boleh tidoq lena....
Biar polis yg jawab..
kesian jadi polis.....
Tuntutan depa lain kali aku tengok ..kata SPR..
Hahahaha selamat lagi SpR kali ni......

Catatan oleh: AKUBUKAnPEJUANG
090711

3 comments:

  1. whatever it is . buatlah tuntutan dgn cara yg berhemah .

    ReplyDelete
  2. Tuntuntan dah dibuat sekian lama bukan tak buat...ikutlah perkembangan. Bersih dah banyak kali menimbulkan pelbagai isu ke SPR sejak tahun 2005 lagi...tapi apa SPR dah buat? Pekakkan telinga dan memekakkan teliga. Cara berhemah dah dibuat,tp tak nak dengar juga...apakah tuntutan tu susah sangat nak buat?

    ReplyDelete
  3. mmg laa lawan kat peti undi...cumaaaa...

    nk yg ADIL & BERSIH jaaa...

    ADILkah & BERSIHkah yg sblm2 ini??? wallahu'alam, mereka & Allah ja yg tau...

    "kalo xdak angin pokok xleh goyang sendiri, kecuali ada org yg goyangkan"

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...