Assalamualaikum bloggers and readers..
Tak pernah sebelum ni senaraikan list bloglist. Tudia.. dah la sebut senarai..kemudian list ..kemudian bloglist..semua tu senarai la kan..aduyai
Eh ..sebenarnya tak pernah senaraikan list blogwalking!!! tu yang sebenarnya. Seingat aku la.
Aku ni memang random dan melompat kesatu blog ke satu blog mlm.. dan terpanggil untuk senaraikan la pulak.
Hanya 5 saja yang diletakkan sebab memang aku masuk blog lain aku kelebet lama sikit...
hehehehe..
http://waeyenee.blogspot.my/
http://fromthepasttothefuture.blogspot.my/
http://ryehannazz.blogspot.my/
http://sweetheartstudio.blogspot.my/
http://adianiez.blogspot.my/
Dan.
yang sebenarnya aku nak buat senarai bloglist ... kalau sapa sudi .. tinggalkan link alamat blog dalam komen ya..
Salam 10 -0..
Gud nite Malaysia.
Saturday, 5 September 2015
Friday, 4 September 2015
Catatan 10 minit...
Assalamualaikum bloggers and readers..
Pepagi lagi lepas keluar bilik air, Danish tercogok atas
katil.
Dah siap bersikat rapi.
“Uih awal dia hari ni”
“Abah, kalau kapal
berhenti tengah laut. Kena letak sauh kan bah” Tanya danish, sib baik tak terlepas towel aku.
Hai pepagi Jumaat ni dah tanya pasal pelayaran. Ada kena
kena mengenai dengan bahtera ke apa ni.
Malam tadi malam jumaat Danish... ..
Aku: “ Kalau berhenti memang kena turun kan sauh Danish, tapi
selalu kapal berhenti tepi laut atau kat pelabuhan, bukan tengah laut”
Danish:"Kalau kapal nak jalan?
"Kalau nak bergerak angkat la sauh tu”
“Berat tak abah sauh tu”
“Berat la tapi dalam air ada daya apungan . Jadi boleh la
tarik sauh tu samada dengan tangan atau pun mesin, Bergantung kepada besarnya
sauh”
“Tarik sauh keatas tu macam labuhkan sauh kan abah.”
Adumak, banyak jugak soklan dia.
Aku dah jangka .. Aku dah
jangka dah..Mesti pasal ni. Mesti punya pasal labuhkan sauh.
Aku dah agak...
Budak darjah 3 ni hai. Manalah lah ada fb dok baca
pasal labuhkan sauh. Mesti kenkawan dok cerita ni kat sekolah..
Abah pun lama juga tak labuhkan sauh ni..wohahaha.
“ Ok camni Danish, lupakan bab labuhkan sauh tu ok. Padam
terus dari ingatan. Nanti abah cerita selelngkapnya ilmu pelayaran. Abah rasa abah ada juga
darah bugis . Tak pun darah bajau”
“Apa darah Bugis dan darah Bajau abah” Itulah gelagak anak-anak. Setiap jawapan ada lagi pertanyaan
Aipp !! dah dah . jom pergi minum milo. Mama dah buat
breakfast tu.. Jom jom !Abah nak pergi ofis…
Aisya!! Yasminn!!! Akmal!! Jom naik kereta.. Jom Danish, pergi minum dulu. BArulah membesar bagai johan..
Aku pun start kereta. Sampai sekolah, peluk cium anak anak.
Buka radio.
Berita sukan.
Malaysia kena belasah dek UAE 10-0.
Aiyakk!!
Nak kena baling dengan sauh juga team bola ni.!!!
Thursday, 3 September 2015
Sebelum masa terhenti : Wake me up when September Comes
Assalamualaikum bloggers and readers..
September dah memasuki hari ke3
Cepat masa berlalu.. ..Sangat..
Tapi ada ketika kita rasa masa tu lambat sangat..
contohnya ketika tunggu orang
atau ketika tunggu gaji
dan lain lain lagi..
Dulu... aku pelik macam mana nak memikir bagaimana masa terhenti.
Ye lah bila kita sampai zaman yang kekal ( akhirat)
MAsa tiada erti.
Kerana masa telah terhenti.
Sebab tu lah tiada pengakhiran untuk masa.
Hidup selama-lamanya..Moga dalam syurga lah..
sbb itulah yang bottom line nya
Kalau selamanya dalam tempat lagi satu ..na"uzubillah.
Sekarang terfikir logiknya..
Yang masa boleh terhenti.
Masa telah dihentikan ketika tu.
Kerana...
Kerana masa adalah hamba..
Masa adalah ciptaanNya, seperti segala yang ada di fana ini.
Bila Yang ESA menghentikan masa..
Masa tiada, masa tiada bererti.
Tiada masa utk kita berfikir.
Tiada masa dahulu atau masa lampau untuk kita kembali..
Kembali untuk apa lagi???
maka kekallah kita selama..
Baik kah, buruk kah..??
Sekarang menentukannya...sebelum masa terhenti.
P.s.
Satu lagu Wake me up when september ends...huish lama sangat tidor tu.. terbuai mimpi indah lama sangat.. Demi masa, rugi tu
September dah memasuki hari ke3
Cepat masa berlalu.. ..Sangat..
Tapi ada ketika kita rasa masa tu lambat sangat..
contohnya ketika tunggu orang
atau ketika tunggu gaji
dan lain lain lagi..
Dulu... aku pelik macam mana nak memikir bagaimana masa terhenti.
Ye lah bila kita sampai zaman yang kekal ( akhirat)
MAsa tiada erti.
Kerana masa telah terhenti.
Sebab tu lah tiada pengakhiran untuk masa.
Hidup selama-lamanya..Moga dalam syurga lah..
sbb itulah yang bottom line nya
Kalau selamanya dalam tempat lagi satu ..na"uzubillah.
Sekarang terfikir logiknya..
Yang masa boleh terhenti.
Masa telah dihentikan ketika tu.
Kerana...
Kerana masa adalah hamba..
Masa adalah ciptaanNya, seperti segala yang ada di fana ini.
Bila Yang ESA menghentikan masa..
Masa tiada, masa tiada bererti.
Tiada masa utk kita berfikir.
Tiada masa dahulu atau masa lampau untuk kita kembali..
Kembali untuk apa lagi???
maka kekallah kita selama..
Baik kah, buruk kah..??
Sekarang menentukannya...sebelum masa terhenti.
P.s.
Satu lagu Wake me up when september ends...huish lama sangat tidor tu.. terbuai mimpi indah lama sangat.. Demi masa, rugi tu
Subscribe to:
Posts (Atom)