Saturday, 10 December 2011

Library yang best!!!!! Baru rasmi hari ini...Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam


Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam

























Assalamualaikum..
Sambung cerita sekitar perasmian Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam... walaupun aku datang after event, tak tau lah suasana sekitar majlis tu... tapi memang akan pergi lagi. Kebetulan shj tadi ada perasmian...

Pertama, sebab persekitarannya yang menarik. Santai dan sesuai untuk seisi keluarga. Akuu belum sempat ronda-ronda semua tempat tapi katanya ada gym di sana.. Ok, menarik tu..boleh pergi gym , layan coffee kat cafe dan kemudian santai membaca buku or news....

Kedua, memang aku nak menggalakkan diorang kat rumah ni membaca. Kena selang seli la pergi MPH dan library. Ek... pergi library mau lebih.. Pergi MPH mau kopak kalau sorang anak mau bungkus dua buah buku.. Bukannya murah kan....
Novel apenye tengah top...Ombak Biru? eh silap Ombak Biru...biru lagik..! OMBAK RINDU...

Aku dah banyak koleksi John Grisham,,, last sekali baca The Litigator,,,best!!

Ok sambung suasana sekitar Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam..







Yasmin tgh 'membaca'




Kanak-kanak kat situ pose kat aku sportingly....




Pilihan Along dan Angah... kesemuanya 9 buah buku.. Sorang max 3 buah,,tempoh 3 minggu.. Kalau dua beradik ni mengadap mungkin seminggu dah habis! Cara nak pinjam..daftar online kat pc kat situ then pergi kaunter untuk verify . Sila bawa i.c anda






Kat belakang ada tasik..nice view.. Khemah untuk perasmian tadi



Interior bahagian dewasa...err,,remaja kot..aku pun tak sempat sampai..nak balik cepat setelah urusan kat S Alam...





Suasana santai....sempoiiiii





Kat Library ke, kat lobby hotel ni???



Sudut kanak-kanak..... next week ada upin ipin 18 hb dec... cuba baca kat notis tu.. Klik untuk besar..
Zon Kreatif Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam..




Menonton wayang di perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam..... jom!

Salam..

Kali ni entry skema.. or nerd kot.. Ye lah entry pergi library.. Mana ramai org minat pi library. Aku pun dulu-dulu... Eh aku rajin apa g library.. Ada dua tujuan..ahaks..study dan jumpa buah hati...ewahhh, macam apa ja kan.... skema betul!!! Shhh pergi library masa kat u dulu nak usha awek sama...ahaks.... aduss sure kena cubit ngan Lurvy ni.. Eh memang nak usha aweks la...dia kan awek aku masa kat u lagik..

Tapi kali ni aku nak cerita yang kita boleh tengok wayang kat library.

Huh, bila balik semua cerita pasal menonton cinema kat library...
tu yang highlight untuk hari ni. Movie 6D beb.... Nanti aku story detail..
Patutnya ada entry yang aku nak post weekend ni.. i.e planning cuti-cuti Malaysia kat Sabah, cerita pasal Ilham last week.. Oh birthday dah cerita kan..erm dan ada berbagai bagai lagi lah...lupa pulak, tadi rasa banyak ja nak tulis.

Mungkin sebab teruja cerita pasal library... jap-jap , LIBRARY???
Iya betul..!! PAsal perpustakaan...
Tadi kami pergi library Shah Alam yang baru. Nama penuh dia Perpustakaan Raja Tun Uda , Shah Alam. Memang dah lama rancang nak pergi. Disebabkan ada hal hartanah ( uik?) kat Shah Alam, rancangannya nak drop anak-anak kat perpustakaan tersebut dan kemudian baru pergi ambil.

Hari ni perasmian perpustakaan tersebut pulak... Selalu kena hari perasmian la pulak. Dulu masa pergi USS pun hari pembukaan rasmi juga.

Yang merasmikan pula ialah Yang Mulia Sultan Selangor. Tapi aku tiada masa perasmian ....
jadi tiada gambar majlis tu

Kagum juga dengan library baru ni...Ok now on cerita bergambar :



Terus ke bab 6D theater...sebab photo ni yang aku upload dulu






. ...ok ok aku agak blur pasal 6D ni .. yang D60, D90, D7000 aku tau lah.. tu model Nikon. 6D ni pertama aku dengar.. movie 4D pernah la aku tengok, Shrek 4D . Apa pun teruja nak layan.... 6D oooo..serius 6D!







Ni title movie tu, antaranya lah.. Tapi yang aku tengok tadi Grand Canyon ride kot,, Naik roller coaster,, Wehhh macam real... Ingat simple mimple saja. Tapi memang awesome!!! Marvellous!!








Syok ooo nak habag mai..... Dengan adegan yang mengujakan, suspen dan macam real lah..nak habag pi!!






Aku recommend kepada semua pembaca untuk try...serius! memang best


Tengok tuh... perpustakaan pertama dilengkapi dengan teater 6D... masuk record kot.

Extraordinary... Luarbiasa!!!... mmg "live to its tagline...". Staff kat situ kata 400 pergerakan kerusi sesaat. Dengan angin bertiup.. so realllllll... cuma tak ada percikan air.. mungkin sebab cerita yang aku tgk tak melibatkan air...



Cemas....





Tadi nak masuk theater tadi memang cemas.. Ada org tak beratur main chup saja. Ok, camni... sekali show muat 8 org sahaja..Yang Q tu sorang, katanya geng dia 7 org lagi nak masuk...huyoooo, boleh pulak macam tu. Kalau 7 beratur nak menyusup masuk sorang boleh lah consider... Ni terbalik...adusss ,. macam tu pun ada. Aku ckp elok-eloklah... kan kata aku skema kan...kalau tak beratur no way howzey!!! Kalau dia ada hal..org lain tak ada hal ke... Sorry ye.. pls Q, we are Malaysian..!!!




Ok lah sambung cerita dan photo kat library yang gah ni next time...





p.s!! Sapa nak tengok movie 6D tu hari ni free...esok lusa tulat..sorang kena Rm10...
oh ni aku snap masa nak pass kamera kat Farah... tu dia org dok Q..


BErsambung di sini


Add Image

Pelan-pelan delete gambar yang tak perlu....



Tadi dok sibuk kemas gambar dalam hard disk, jumpa banyak gambar yang perlu dipadam. Ye lah nak simpan pun buat penuh hard disk..tapi nak padam sayang jugak... erm simpan dululah . Bila penuh nanti baru pikir....... haiyaaaa..tak jadi padam jugak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...