Monday, 2 December 2024

Ke Kuala Terengganu di musim banjir

Assalamualaikum blog.

Biasanya kalau tempat lama kita tak kunjungi kita bagi salam kan.
so moleklah aku bagi salam kat blog aku.
Wohaha..

Hujung minggu baru-baru ni aku ke Kuala Terengganu (KT). Ye betol. Bertolak hari Jumaat dan hari ahad balik KL.
biar betul orang tanya, kan banjir kat KT, dah kau nak pi sana.

aku dah survey dengan kawan yang ada kat sana. KT tak banjr. Masa tu la. 
wohaha.. Jalan ke bandar hati-hati dengan air melintas.

wokeh. Makanya hari Jumaat pun bertolak dan sampai dengan selamatnya.

tujuan: Melawat anak kat sana. Duduk asrama dan nak ambil SPM. Jumpa in person bagi kata2 semangat.

Dia ceria saja, semua ok. Jadi nasihatlah kitanya: Terus berusaha, berdoa dan buat yang terbaik.

hasilnya terserahlah. Yang penting berusaha.

Hujan sentiasa...

Malam first memang hujan ja. Eh memang lah! Musim hujan, kau dah kenapa?

Lurvy dah google nak makan steak atau bakar2 kat satu kedai tu. Boleh je. Sampai dia drive. Yep dia drive mula2 sebab aku ada nak mesej dan buat kerja sikit dalam kereta. Zaman la ni, mana mana kita boleh dihubungi dan sambil2 tu boleh la Lurvy tolong drive. Hingga pit stop pertama.

Dah habis kerja aku pun google tempat yg dia nak pi tu, Alamak review dia macam tak memberansangkan. Aku tanya sapa recemmend tempat ni. Dia kata google dan jumpa. Oh.

So aku pun pilih restoran alternative. Review beribu org, rating tinggi. Nama aku tak penah dengar pun.

So tujulah kami ke situ.

bila guna map ni memanglah kan. Exact location tak pasti. MAsuk parking tempat lain then aku suruh Lurvy call. Eh,, time ni aku dah bawak kereta lah.. Tangan yg di operate makin baik. Dan aku tak mau tangan aku lemau, mesti bergerak. Aku drive lah,

Staff tu bagi location lebih kurang. Dia kata tak per dia tunggu kat tepi jalan dengan payung.

wah, baiknya servis. Ataupun, sebab hujan-hujan tak ramai orang, kata hatiku, ewah..

-sambung..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...