Friday, 5 April 2024

Tersedar ...dlm bilik rawatan dan sedar diri




Assalamualaikum bloggers and readers..

Jumaat
25 Ramadhan 2024.

Hari ke3 aku ni IJN.
Semalam buat procedure. Alhamdulillah berjalan lancar.

Betapa risaunya sebelum masuk bilik.
Entah apa yang pikir. Bermacam-macam.. sejuta benda bermain di fikiran. Ye lah berkaitan jantung kot.
Nak buat wasiat.?
Ya, perlu lah aku rasa.

Benda ni aku pasti...
pasti kot. 
Mati, ..semua org kan memenghadapinya.

Semua orang akan lalui, cuma inikah detiknya untuk aku. Tidak kan ku tahu.
Bersediakah? Yg ni aku pasti , aku tak bersedia.
(Baru ada akai aku,, tak bersedia. )
Baru sedar diri yg masa terbiar begitu saja, tanpa persediaan rapi..

Betol. 

La ni aku bolehlah kata kat diri sendiri.Sebab aku masih di sini. Kalau dah tiada. Apa pun tak guna. 
Hanya mengharap rahmat Allah utk sekelumit amalan yg ada utk diberi keampunan.

Allah izinkan aku menulis lagi.. dan Allah Maha Memberi segalanya.

Tapi itu lah kita..
Tak bersedia tapi tak beringat. 
Alpanya aku.


Allah menyanyngi hambaNya dan izinkan aku memperbaiki diri dan  juga membuat kebajikan dan tak lupa diri.

Kita tak pernah sedar setiap hari, setiap jam, setiap detik, kita menghampiri saat terakhir.
Terakhir tenguk dunia, terakhir peluk anak, isteri.
Terakhir bergurau senda.
Terakhir membuka laptop, buat kerja.
Buka banking online..
Buka fb, ig, tt .
Tengok drama.. tgk reels dan pelbagai.

Tengok tu.. tak kata terakhir solat. Kali terakhir baca al quran. 
Kalau terakhir dan berakhir bersama dlm ibadat, Alhamdulillah.

Akan ada akan detiknya , akan ada kali terakhir utk semua org. Nak naik kereta, kat dlm kereta, tengah tidur, tgh makan, tgh bersukan, hiking..dll. 
Pernah korang fikir

 Seriuosly, kali terakhir aku bayangkan utk aku untuk smlm ialah memeluk isteri, mengucap, tengok monitor yg banyak dlm bilik procedure ( lab) dan ditegur oleh doctor untuk mulakan operasinya.

Then aku tak akan tahu apa yg akan berlaku.
Samada tidur terus atau...

Kemudian aku tak sedar. 
Dibius.
Pasrah, redha, menyerah.
Adakah aku akan bangun mendengar suara nurse atau suara malaikat dlm kubur.

Betul. You never know.
You nevet know whether you will be alive tomorrow. Jgn main².

So, aku bersyukur kerana dlm ketidakbersedianya aku, diizinkan Allah bernafas di bumiNya.

Ujian sakit begini adalah hikmah.
Bertapa lemahnya kita. Betapa mengharapnya kita kepadaNya.
Diperingati oleh Allah dgn caranya.


Dah tu,, nak masih sombong? bongkak.?

Hey..kita tiada apalah.kita sangat lemah! Nothing!
( ingatan utk diri ku)

Ramai dikeliling sayangi kita. Dihadirkan bersama kita.
Doctor yg baik adalah rezeki.
Family, kenkawan , saudara mara, person we met, we consult. Kawan surau, jiran, kawan setaman, kawan sekolah.
Semua baik². Yg tak baik pun nanti akan jadi baik dengan kita.


Namun adakah ada org bersedia untk menuju alam abadi? Ada?
Jujur persoalan aku.
Kalau ada tolong habaq sat dan aku nak tau apakah rahsia persediaan itu.

 Selamat berpuasa dan selamat hari raya, maaf zahir batin.
Take care, drive safely.




No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...