Saturday 13 November 2021

Best daki Gunung Keriang

Assalamualaikum bloggers and readers..

MENDAKI GUNUNG KERIANG.

Minggu lepas aku "berkesempatan" mendaki Gunung Keriang (GK)
Berkesempatan mungkin perkataan kurang tepat tetapi itulah yang paling sesuai.

Kenapa kurang tepat? 

Kampungku memang dekat dengan GK. Selalu bila nak pi Aloq Staq memang lalu jalan bersebelahan GK ni. Dan bila lalu tu tak terpikir pulak nak mendaki. Mungkin ada beberapa faktor.

Mendaki bukanlah satu aktiviti santai atau riadah yang dilakukan ketika itu.

Agak pelik bila seusai kerja di sawah nak panjat gunung pulak. Takkan la kan..

Masa aku kecil, hujung minggu pun asyik main bola je.

Ok.. yang kedua nya. Seriyau juga nak pergi daki. Eh.. tak seriyau pun sebab tak pernah terpikir nak mendaki suka-suka macam trending la ni.


Yang ke-3. Hanya orang yang mencari sumber rezeki sahaja yang mendaki GK.

 Depa naik cari "bunga batu". Batu yang terhablur yang warna pink, ungu dan biru dan hijau dan lain2 warna.

Memang banyak jualan batu-batu ni di tepi jalan Gunung. Dulu lah ...

Sekarang dah tak nampak. Adakah dah habis digali ( err dilombong?). Dan dulu dengarnya mahal bunga batu. 

Berapa mahal aku tak tau. Tak pernah tanya dan aku rasa ayah takkan beli kot.

Ya, nama jalan bersebelahan GK ialah Jalan Gunung.

Ok meraban sat cerita dulu-dulu.

Cerita tu pasal apa kami ( aku dan abang dan sepupu2) tak pernah mendaki.
Oh ya..bila aku balik dari mendaki hari tu, sembang dengan pakcik aku yang dah umurnya 70-an pun sekali tak pernah mendaki.

Tanya kenapa. Jawabnya, nak buat apa mendaki gununh? Hehehehe. Betul la kan. 

Tetapi memang best daki GK ni. Tahap kesusahan tak lah apa sangat. Level santai santai. Anak2 7 tahun pun boleh kot..

(Disclaimer: Mesti tahu tahap kecergasan anak2 anda ya dalam apa aktiviti pun).

Aku mendaki pun tak sengaja. 

Plan nak pi makan pagi di Restoran Mee Sham. Ada Roti Dol best. 

Sebelum breakfast aku nak riki dulu GK ni sambil jogging perlahan-lahan kawasan muzium padi dan Keriang Hill Resort. Cadangnya begitulah

Ingat mendaki tu nak pi besoknya...boleh prepare apa yang patut.

Bila sampai kat permulaan tu jumpa seorang pakcik ni.. (Cewah.. aku pun pakcik juga.) wohahah

Dia kata dia naik atas 18 minit ja.

AKU:"huih senangnya.. (dalam hatiku berbisik)."

"Jum kita try."

Aku ajak anak-anak.

 Dan kami pun mendaki "la la tu" juga ..

Permandangan menarik. Memang ok la.

Trek pun mudah.. ada tangga yang kurasakan di buat simen.. atau pun batu dipahat jadi tangga.

Oh ya.. ada railing yang dibuat utk pendaki berpaut. Sangat mudah la.. 



Pendek kata semua peringkat umur kecuali ank2 kecil atau bayi.

Dan ramai juga pendaki hari tu. 
Masa tu Selasa. Ada ramai budak-kampung dok naik. Macam biasa ja diorang. Ada berselipar ja.


Pengalaman pendakian:

18 minit tu aku rasa tak tepat kot.. Mungkin tu personal best pakcik tu dari dulu. So bagi aku dalam 30 minit tu boleh sampai ke puncak, bagi pendaki tegar. 

Aku ambil masa 45 minit. sambil ambil gambar..

View sawah padi dan view kampung serta jalan. Memang cantik. Nak-nak bila padi menghijau dan pabila sebelum musim menuai , padi menguning.

Kalau kena harinya, macam malam tadi hujan, ada awan kapet. Kata pendaki lain.

Aku rasa mungkin kabus saja kot. Rasanya taklah "meng-karpet-kan"kawasan yang luas. Tapi mungkin betul awan karpet. Rezeki la kan.

Worth trying dan boleh la aku exercise mendaki selalu GK ni. Menggantikan jogging.

Kat atas tu ada gazebo dan pelantar. Angin bayu bertiup nyaman. 

GK ni trek nya bersih...

So happy hiking.


Dan aku repeat mendaki GK ni selepas dua hari..



Oh ya nak habaq tempat yang korang boleh stay, aku cadangkan kat sini.

Homestay D'permatang. 

Suasana kampung yang mendamaikan. Dikelilingi sawah padi nan permai.

Link dia kat SINI


Tak jauh dari Gunung Keriang. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...