Friday, 26 April 2019

Pecah tapi tak berderai

Assalamualaikum bloggers and readers..


Lurvy selalu juga call ingat kan aku apa yang aku suruh ingatkan..ye lah kalau benda benda rutin memang ingat. Kalau renew roadtax ka apa, telefon appointment anak ka..
aku suruh dia call aku untuk remind..

Pergh..banyak tugasan isteri ya..
Dan selalunya Lurvy akan call aku itu dan ini.

Yang best nya kalau aku tengah bz, cakap dia ok ok nanti buat..
sampai ke petang tak buat juga..lupa!
sudah diingatkan pun tak terbuat,, dunia dunia..apa yang disibukkan tak tahu lah.

Hari Isnin, Lurvy call, panjang intro.. drive la..sorang2 ka highway. tak de kereta lain..
Bla bla..

Nak habaq cermin pecah rupanya.. dengan sendirinya. Oh.. tak de rezeki lah nampaknya.
"No problem. Nak buat lagu mana. Benda dah nak jadi" aku ok je.

Musibah nak kena . Yang penting dia tak injured ka apa.

"Ok...
Nanti abg check insurance."

Pendekkan cerita ..insurance tak cover cermin la pulak.. Hmmm.
kereta tak sampai setahun ..

Batuan jalan memang merbahaya. Dan poket pun akan kena parah.. Bayor je lah.

....................................................................

Sebelum tu hari Sabtunya ada majlis Hari Anugerah. Meraikan kejayaan anak dalam peperiksaan beliau. Pergi menambah motivasi dan beri kata semangat untuk ujian ujian akan datang.
PT3 beliau dapat keputusan yang membanggakan juga. Straight A.
Si Akmal ni main kuat , dari dulu lagi. Tapi time nak kena perform, dia boleh je buat.

Yang pelik bin ajaib, dia bagitau utk Firm3 ni dapat anugerah matapelajaran juga.

Lurvy  : "Subjek apa dapat terbaik ni"

Akmal : " Sains"

Lurvy : " Form3 dapat subject Sains terbaik. Form 4 ambik Account, tak amik sains subjects"

Aku : " Maknanya serba boleh.!! Belajar semua..."

"Yang penting apa yang datang buat terbaik"

P.s 
Dia bertukar ke subjek bukan sains pun dan bawa bincang dengan mamanya..


P.s Hari ni juga aku terdengar dentingan batu kena kereta kami. Tapi tak tau kena  tang mana.

Sambungan dia.. , cerita kat atas. masa Lurvy bawa, baru ada kesan. Meletup cermin tu kata Lurvy..



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...