Monday 18 March 2019

Black day for New Zealand, and world.

Assalamualaikum bloggers and readers..


Jumaat, 15/3/2019

Ketika diri ini dah bersedia untuk pergi ke masjid untuk solat Jumaat, masuk whatapps bertalu dari pelbagai grup tentang tragedi berdarah di Masjid AnNoor di Christchurh, New Zealand. Tempat yang nuuunn di hujung dunia, negara yang menjadi kunjungan ribuan pelancong dari Malaysia saban tahun, yang rasanya tak mungkin kejadian ini boleh berlaku.
Hadir seorang terrorist berpaksikan neo-nazi, mengaplikasi teknologi internet dan senjata pemusnah rekaan manusia juga: senapang atau rifle, memaparkan kekejaman untuk disaksikan seluruh dunia.
Dia merasakan dia hebat, mulia dan gagah dalam melakukan kemusnahan.

Dia telah menumpahkan darah di tempat suci, merobek hati–hati orang yang tersayang.
Mangsa-mangsa yang hadir ke rumah Allah dalam pengabdian yang dituntut, akhirnya  terus diberi penghormatan untuk ke Jannah.. In Sya Allah.

Sesungguhnya pengganas tersebut berasa begitu hebat, tetapi dia tidak pernah tahu yang dia akan mati satu hari nanti, dan dia mungkin tak pernah mahu tahu. Orang yang hina, begitu sifatnya.
Dan sebenarnya tidak pernah tahu, orang Islam sememangnya mahu mati dalam menuju jalan Allah, dalam perjalanan ke Masjid , dalam keadaan bersolat, dalam masjid …semua itu kematian terbaik.  Beruntunglah mereka…
Arghh masakan pengganas itu tahu..

Dalam pada itu setiap musibah tentunya mendatangkan kesedihan , kepiluan bagi orang yg ditinggal. Tentunya akan berasa kehilangan, kami yang jauh beribu batu pun tersentak mendengarnya. Apatah lagi mereka yang hilang tempat bergantung, mereka yang kehilangan suami , anak, isteri.. S

alam takziah, redhalah dengan kehilangan itu. Moga Allah membalasi dengan yang lebih baik, tak dapat di dunia, di akhirat nanti.

Aku selalunya men”delay” coretan dalam hal sebegini. Kalau aku bereaksi dan terus mengecam, itu sudah emosi, Aku akan ambil masa ( sebenarnya masa boleh merubat hati yang marah dan kecewa)  dan hadam semua kajadian itu … kerana Akhir zaman ini amat getir, penuh dengan tipu daya dan fitnah.
Lihat sahaja umat Islam di China, Kashmir, Myanmar, bahkan Sri Lanka. Juga dinegara Islam, di Syria pun umat Islam dibantai dengan pesawat yang hebat, yang jatuhkan bom.
Itulah suasana sekarang…

Salam takziah kepada lebih 50 keluarga mangsa pengganas di New Zealand
.... and salute to #eggboy

2 comments:

  1. dugaan buat warga Muslims di NZ. dan CT yakin terkesan dalam hati kita semua. semoga semuanya sentiasa dilindungi olehNya dimana saja kita berada.

    ReplyDelete
  2. Syahid buat mereka yang terkorban.
    In Sya Allah.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...