Monday 5 March 2018

Mark Adam Memang Terbaik. Tahukah apa dia lakukan dengan hadiah kemenangan beliau...?

Assalamualaikum bloggers and readers.. Semalam aku terkesima dengan penyanyi yang bernama Mark Adam ni..Dia seorang yang humble, dan cakap pun merendah diri, pada pandangan aku yang menonton TV. Kenal depan depan tak pernah la.

Anyway,  semalam aku menonton Bintang Bersama Bintang, Huh sempoi juga slot ni.

Malam tadi malam final dan peserta memang memberikan yang terbaik. Pilihan aku Achey dan isteri dia akan menang tapi kan salah telahan. Yang menang ialah Mark Adam. Jujurnya masa dia buat show aku tak tengok sangat jadi no komen pasal persembahan dia.

Tetapi yang memeranjatkan aku apabila dia menang , dia kongsi hadiah kemenangan dia dengan empat lagi peserta i.e Ajak, Issey, shuk dan Achey.

Hadiah johan berjumlah RM100,000 dan dia mula nak bahagi Rm50k untuk 4 yang lain. Kemudian dia beri RM60k . Bermakna dia dapat Rm40k dan yang lain2 dihadiahkan oleh beliau sebanyak Rm15k seorang. Wow,, sempoi juga hati budi dia.


                                      (Foto Credit  : HARIAN METRO)

Antara ayat dia semasa ucapan,:" saya ni bukan orang kaya tapi saya nak beri sebahagian hadiah ni kepada yang lain".

Rasanya bukan gimik kot,, memang niat dia .Tahniah..

P.s Aku layan samabil nak tunggu Manchester City lawan Chelsea. Yezzzaaa City menang, tapi kecewa dengan game dimana Chelsea tak melawan dan tanak melawan. kira crime towards football, sbb negative sangat. Terus aku mengantuk. Frust betol

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...