Thursday, 14 September 2017

Salam penuh kesedihan....

Assalamualaikum bloggers and readers..

Sedih, belas, marah, geram dan redha.
Semuanya bercampur baur.
Memang betul. Kita tak boleh melawan takdir . Semua itu ketetapanNYa. PerancanganNYA.

Kita manusia biasa mengatakan memang takdir. Bagi bahu yang memikul, adakah semudah itu.

Bagi kita yang tidak diuji pun mengatakan, beratnya mata memandang.
 Apatah lagi keluarga mereka yang memikul…………

Maaf agak emosi sikit. Tetapi adakah ibu bapa akan menghantar anak anak ke pusat pengajian jika tahu ini kesudahannya.

Memang tak siapa akan tahu akan musibah kebakaran. Sebab benda di masa hadapan hanya Allah yang mengetahui..

Belum tahu lagi puncanya pun . Cuma aku empathy dan simpati dan “my though  with their family”.

Semuanya kemudahan perlu mematuhi spesifikasi tertentu.

Ya Allah..

 Siapa bertanggungjawab tolonglah pasti keselamatan dan kejadian kebakaran begini tidak berlaku.

Jangan biasa menyalahkan takdir jika itu kelalaian kita. Cukup cukup lah ..

Entahlah,, aku tidak mahu menunding jari…….
Namun sampai bila???

Salam Takziah kepada semua pelajar tahfiz yang meninggal dunia pagi tadi dan juga kakitangan maktab tersebut. Semoga ahli keluarga tabah..

Ku nukilkan sajak dalam sebak:


DAN KAMU TAK AKAN TERBAKAR LAGI…

Dinihari yang hening..
Nyawa anak kecil dijemput Ilahi
Riuh pekik mohon pertolongan.
Panik dan hampa. Bara menerjah tanpa belas
Kamar melepas lelah menjadi penjara api.
Dek mereka yang alpa dan tiada berbudi bicara..

Hati dan jiwa  putih dan suci ..
Mengadap Sang Pencipta menjelang fajar hari.
Redha lah… tenanglah wahai anak-anak
Biar jasad mu hitam dilitup asap.
Ketahuilah , jiwa mu putih, rohmu mewangi.

Doa kami , moga kamu tidak terbakar lagi.
Kerna di Jannah tempatmu abadi.. in Sha Allah.

Anak anak…
Nasib kami di sini sebenarnya tidak pasti.
Bagaima kesudahan nanti..

Ya Allah ,damaikanlah roh-roh mereka yang mengadapMU.
Tempatkanlah bersama orang yang beriman, para syuhadak, para anbia..
Dan matikanlah kami di hari muka dalam Husnul Khatimah..
Amin Ya Rabb.

AlFatihah…



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...