Friday, 10 March 2017

Snapchat atau Facebook. facebook dikatakan meniru Snapchat Stories pulak......betulkah?

Assalamualaikum bloggers and readers..


Facebook kini dikatakan melancarkan aplikasi yang hampir menyamai  aplikasi Snapchap Stories , yang dinamakan “Day”.

Gergasi media social, Facebook,  yang telah melancarkan applikasi Messenger dahulunya, kini membenarkan pengguna memaparkan mesej melalui  Day, samada foto atau video yayang akan hilang dalam masa 24 jam, sama seperti applikasi “Stories” yang begitu popular  di kalangan pengguna Snapchap.

WhatApps yang dimiliki juga oleh Facebook, beberapa bulan lalu memperkenalkan  “Status” , manakala Instagram memperkenal “Stories”.

Facebook kini nampaknya “meniru” kaedah-kaedah komunikasi Snapchat dikalangan poduknya untuk mengekalkan kesetiaan pengguna disamping mengelakkan mereka berpindah kepada applikasi yang diperkenal oleh pesaing utamanya yang terkini, Snapchat.

Antara perkara  yang menarik dalam applikasi Snapchat ialah mesej yang dipadamkan sendirinya (disapperiang messeges), tidak seperti Facebook atau Instagram yang kekal dan mungkin akan dinilai oleh rakan atau pun bakal majikan.

Snapchat sedar bahawasanya pengguna kekadang bertindak bodoh dan nakal untuk seketika, ketika bermesej,  dan untuk mengelakan implikasi negatif pada masa hadapan, mesej tersebut samada foto atau video akan hilang/terpadam sendirinya.


Snapchat telah menawarkan  IPO untuk disenaraikan dalam pasaran saham dengan nilai keseluruhan dianggarkan bernilai  US$25bil (RM111.43bil).

Amat menarik  memandangkan Snapchat menerusi CEO-nya Evan Spiegel menolak tawaran $3 billion  dari Facebook pada tahun 2013. Ketika itu beliau merasakan nilai Snapchat adalah sepatutnya lebih tinggi dari tawaran tersebut. Dan kini terbukti tindakannya menolak tawaran  Mark Zuckerberg adalah amat tepat!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...