Menjejaki kota usia
... kota cinta juga kota lara
Yang sudah menbangun,
Namun beralih lena.
Kota pelbagai rasa menyentuh.
Denyutan mengahnya seusai siang
Sinar menyedarkan jiwa...
Betapa tinggi tamadun..
Manusia tetap manusia
Hiruk pikuk masa dikejar
Jentera gagah mengangkut manusia.
Demi kuasa demi kuasa demin limpahan cahaya..
Mereka mula alpa..
Namun ada sinar dalam kelam
Suara salam menerobos sempadan
Sapaan ukhwah di mana mana
Membuat hati jelas terpana..
Paris..
Kotaraya megah.
Dikagumi seantero dunia
Aku datang menjelajah diri mu.
Aku seorang pengembara..
Letih meneroka seizin masa.
Gare du Nord.
30 Mei 2016
30 Mei 2016
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again