Monday, 6 April 2015

Seorang wanita telah menangis..,, maafkan aku.

Assalamualaikum bloggers and readers..


Hari ini aku ingin mohon kemaafan...
Aku perlu mengambil darah untuk pemeriksaan kesihatan.. Aku  tangguh sekian lama mungkin kerana aku tak merasakan ianya penting. Tidak, bukan kerana aku takut dicucuk jarum.
Bukan aku mabuk darah..
saja...kerana aku merasakan aku dalam keadaan kesihatan terbaik.
dan ..

coretan ini bukan kerana blood screening aku

Dan, pagi tadi aku berkunjung ke klinik untuk tujuan ambilan darah..
Terjumpa seorang wanita,
kawan dimana aku tahu sedikit perkembangan, kalau ada melalui facebook.

Sembang itu ini pasal kerja dan weekend
Sifat ingin tahu aku memuncak,
"Nak tanya pasal anak hari tu, sebab tak tau cerita sebenar" Aku ingat segalanya ok. Aku tak sensitif. Mungkin aku ingat sudah masanya aku tanya. aku benar2 tak tahu.

Aku patut tak tanya.
Aku  tak patut tahu
Aku sudah ucap takziah , sudah ucap alFatihah.. lebih kurang 6 bulan lalu.
Atau lebih lama..

Aku patut biarkan ianya berlalu.
Tapi entah kenapa aku ingin tahu apa yang berlaku...

"Ermm" Dia terpempan. Menundukkan wajah, menggeleng sedikit tapi tak sepenuhnya.
Aku serba salah. Aku terlepas cakap kah?
Dia menoleh , menggetap bibir, Air mata jernih mengalir. Laju..
Dia mengesat, masih juga berkaca, bertakung dan takungan roboh, mengalir turun juga. Puas dia sapu dengan tangan.

Aku minta maaf... aku hanya ingin tahu ..
dari seorang ibu,  ibu yang ingin melupakan tragedi
ibu yang masih belum melupakan..
manakan boleh melupakan kehinlangan anak.

Anak keriangan namun kelemasan...
Aku paham namun mungkin aku tak cukup paham.
maafkan aku

tapi aku nak tahu dari empunya cerita.
Bukan dari cerita cerita yang bermacam cereka.
Biarlah ..aku tak mahu tahu lagi..
Moga kau tabah....

Kini aku lebih memahami..
Dan terus akan memahami..
Ada perkara tak perlu aku tahu wahai kawan.

Moga dia tenang di sana dan bertemu engkau sekeluarga di Jannah..
jangan biarkan dia tertunggu di pintu Firdaus..
Kerana dia tetap menunggu ibu bapa nya..
Segala ada rahmatnya.

Bertabahlah..
MAafkan lah..

3 comments:

  1. kadang ada benda dalam dunia ni yang tidak perlu kita tahu
    moga wanita yang dimaksudkan terus tabah

    Diari Seorang Mama

    ReplyDelete
  2. kenapa dengan anak dia?? ohh beri dia masa bertabah..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...