Wednesday, 17 April 2013

Nyawa kita, nyawa mereka......

Assalamualaikum bloggers and readers..


 Dalam takkala mengutuk kejadian bom di Boston minda terus berlegar tentang nasib ramai umat yang dibunuh atau ditindas oleh rejim yang ganas, samada yang “diiktiraf” atau tidak.
 Ketika akhbar memaparkan betapa dahsyatnya 3 org mati di Boston , dunia lupa dengan ribuan malah mungkin jumlah menghampiri ratusan ribu yang terkorban di Syria, Myanmar , Palestin dan Afghanistan dan sebagainya.

    Betapa mahalnya nyawa mereka berbanding dengan ribuan nyawa org “lain”. Betapa tiga org kematian akan dituntut bela dengan secepat mungkin hingga ke hujung dunia . Bukan penulis merestui keganasan tapi agak musykil dengan reaksi pembunuhan ditempat lain dan orang lain berbanding terbunuhnya mereka. Hingga ada ulasan tentang grafik iconic tentang siapa mereka berada di situ, untuk apa dan sejarah hidupnya, Betapa cerianya dia dan malangnya kematian belum waktunya. Betapa dia seorang gadis yang menyokong ibunya berlari tetapi dihujan serpihan bom. Arghhh,, mungkin mereka hanya 3 orang hinggakan pelbagai berita sisipan dan ulasan boleh dibuat berbanding ribuan kaum Rohingya. Manakan mungkin memberitakan tentang kaum tersebut yang dilanyak dan dilunyaikan dengan kejam. Terlalu ramai dan harganya pun murah…

 Usahlah kita tertipu dengan media massa mereka sebaliknya kita hendaklah membaca, mendalami dan menginsafi tentang nilai keadilan masyarakat dunia terhadap sesuatu berita atau peristiwa. Salam perjuangan untuk mereka yang tertindas, yang terbunuh dan yang masih menghadapi musibah di bawah rejim yang kejam dan hina..

Mungkin kita boleh membantu meng”ubah”nya,,

 Peace.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...