Wednesday 23 November 2011

Uik...sudah ada perubahan...bagus bagus

Samada memang kebetulan atau sudah terencana..(huh.macam bahasa indon tu)… ok ,ok..atau sudah terancang, petang semalam lebih kurang pukul 5.24 aku pun tertukar ke saluran kegemaran aku lah. Radio 24. Haha jangan la gelak kalau stesen kegemaran aku R24.Manalah tahu kot-kot ada sembang-sembang lagi pasal bola,. Bola bola bola…Yup, jangan marah, memang belum habis lagi. Rupanya petang Selasa macam biasa segmen AutoZon, tajaan Destiny Auto agaknya.

Kan aku baru saja tulis pasal suasana di Malaysia yang begitu ghairah ingin menjual kereta hingga pelbagai scheme wujud, “at the expense on one financial capability”, sebab punya lah nak promote sales.

Aku pun sentuh pasal segmen Auto Zon kat sini (link). Apa yang mengejut kan aku. Sepanjang aku dengar, tak pernah ada tip-tip pasal penjagaan kereta waima tip-tip untuk membeli atau tip-tip menilai kemampuan diri menggunakan kereta pun. Huh. Banyaknya tip-tip..ok sambung….Yang banyak ada tip-tip (tip-tip lagi) untuk mendapatkan loan dengan cara mudah, dengan tak payah bayar muka dan nampak hebat bila nak kahwin sbb dah ada kereta. Lagu tema pulak (rasanya lah, sebab selalu dia mintak siarkan lagu tu) lagu yang liriknya berbunyi “ingin kahwin tapi duit tak ada”.

Dalam pada itu aku nak nyatakan yang pengendali (penaja?) selalu membuat analogi, berbunyi “katakan taknak pada rokok , katakana ya pada Saga/Viva”. Siap calculate rokok sekotak sehari 10 hengget kalau sebulan dah berapa? Dan tentu boleh bayar installment kereta bla bla bla…………. Takat tu lah yang aku suka kot… Oh, suka dengar celoteh juga….mungkin sebab kekadang aku naik muak dengar banyak sangat lagu masa memandu. Segmen sembang ok lah juga.

Tup-tup petang semalam..tup-tup pulak ye… terkejut aku ada tip yang betul. Erm, tip sebelum ni salah ker??? Bagi aku kempen untuk membeli kereta cara begitu, tak berapa etika lah. Salah dari segi akta tak salah kot. Cuma etika nya yang tak molek gitu.. Ok berbalik kepada semalam , ada tip mengesan gear-box rosak. Ha macam tu lah baru dikatakan segmen AutoZon. Bukan segmen jual kereta terpakai, trade-in dan nak bomoh bank sebagainya. Barulah ada manafaatnya.. Kena pujilah kalau macam tu. Next week katanya macam mana nak check aircon kereta pulak… Fuh tetiba pakar jualan jadi pakar mechanical pulak. Canggih gitu.. Aku tak tau lah samada entry aku semalam sampai secara telephatic kepada penerbit ..hahaha.Itu andaian lagi tak beretika. Ye lah, takkan ada org baca blog aku kot pasal omelan picisan tentang autozon ni …..malammmmm sikit….
Apa pun yang penting ada perubahan..

Tip.
Apakah tip nye…kena share la kan.. Tip nya kalau nak check gear-box, samada rosak ke tidak, terutama nya semasa hendak membeli kereta terpakai, mula-mula start kereta, jgn lepaskan handbrake, biar dalam keadaan break tau. Kalau kereta auto, kaki kanan tekan minyak, kaki kiri pijak brake. Kemudian tekan minyak sampai rpm 2 atau 3 (ribu) selama 30 saat. Kalau ada bunyi gearbox tu dah ada problem.
Eh, tekan minyak memang ada bunyi. Oit makhluk, jangan la buat lawak, bukan bunyi enjin. “Minmin” pun tau bila start enjin ada bunyi, ni bunyi selain bunyi enjin lah…
Ok lagi satu, kalau masa remp tu tak bunyi tapi masa lepas minyak mengejut, enjin terus mati, makna ada symptom gearbox nak rosak dah ada. Sekian adanya…………….

2 comments:

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...