Friday, 20 August 2021

Mudahnya memasang Wainscoting dan kos nya.

Assalamualaikum bloggers and readers..

Akhirnya siap juga project memasang wainscotting kat rumah. Setelah seminggu cat dinding tersebut maka sampailah barangan yang di order. Bila sampai, hujung minggu bermula operasi. Daripada takde apa nak buat kan. .(.ehem, sebenarnya lama dah Lurvy suruh buat).

Step pertama baca sini


Belian di shoppee:

1. Rail chair 80mm 4 batang. Sebatang panjangnya 1.5 m
2. Wainscotting 40mm 22  batang. (1.5 meter panjang)


Kedua-dua dibeli dari kedai berlainan. Sebab kalau nak tunggu satu kedai di shopee ada stok dua barangan  ni memang kena tunggu lama.

Dan ini peralatan lain yang perlu . Aku beli di kedai DIY. Level air tu memang dah ada dibeli bersama dengan drill.

1. Gam( Adhesive sealant)
2. Masking tape.. ( masa mengecat dah beli banyak)
3. Device untuk Sealant .
4, Triangular ruler.
5. Gergaji.




Gambar bawah pula ialah Chair rail 80 mm. mulanya masa nak order  rasa besar tapi sebenarnya memang saiz ngam elok.

Penting masa sampai korang check ada defect tak kat hujung sebab kalau nak kena sambung, hujung ni kena lurus elok. Manalah tahu masa delivery, pecah ke sumbing ke.

Yang aku terima semua ok.



Masking tape guna banyak juga . Bukan apa, senang kerja. Nak elak melorot kebawah, sebelum gam kering.



Ok mula, korang ukur lah saiz dinding korang. 

Guna excel senang untuk design macam mana.


 


Pilihan aku design yang tengah. Ingat masa ni lah korang nak kira jumlah berapa batang nak beli

So inilah pilihan design : kotak kecik kotak besar.
Bincang punya bincang pilih yang ke 2. Yang warna coklat tu. Kaler pun aku dah bayangkan dan lukis sama dengan warna cat dinding.

Tip:
1. Chair rail( Border yang besar tu) patutnya... 35 inci dari lantai.
Ni step yang pertama.
lepas tu yang lain korang buat lah macam mana pun.

2. Jarak petak kecik dalam 4 hingga 5 inci.


Chup.!!!. design ni buat sebelum order .. Setelah puashati design. baru lah kira jumlah nak di order.
Biar lebih ya.. jgn tak cukup. Lebih pun jgn la lebih banyak , membazir la pulak 


Ni cara letak sealant. Jangan terlalu banyak, Nanti lebih meleleh. Jangan risau sealant ni kuat.



Ini lah triangular ruler tu. Kat DIY harganya RM5 plus jer. Senang nak potong 45%. Letak ja. Garis dan potong.

takpayah beli mitrebox bagai. 



Guna gergaji ni jer. PVC memang senang dipotong. Yang penting sudut tu kena 45% sharp!




Aku buat mula-mula buat border chair rail dulu. (yang saiznya 80 mm tu. )
Sebab ini yang nak jadi guide yang lain2. ala... first time buat kan.. 

nak test gam ok tak.. line ok tak. so ini lah permulaannya.



Lepas tu susun dulu petak kecik-kecik kat bawah. Ambil feel,, ok tak design macam ni.

Kemudian baru la lekatkan yang kecik-kecik tu di dinding  menjadi petak. Ikut la saiz macam mana korang suka. Semua design ok sebenarnya.
Bila siap cantik je.




inilah yang gap 5 inci tu. antara chair rail 5 inci..antara petak sebelah pun 5 inci.



Oh ya . Aku sampai "la ni" tak decide nak cat ke tak wainscotting yang dah siap pasang tu.

Rancangan asal nak cat sama seperti warna dinding.
tapi bila pelekat wainscotting putih ni menyerlah juga. So, sekarang ni biarlah putih. Kalau nak tukar kaler nanti kita cat dia.

Ni perbandingan warna asal dengan warna yang telah dicat. (Aku test cat wainscoting yang lebih, macam ok jugak)


Ok ni gambar yang dah siap.


Sealant yang dibeli di kedai DIY. Harga dalam RM9..
 sama juga sebabnya kenapa beli asing, kenapa tak order online jer. Sebabnya, kedai online tu hanya jual wainscoting je. Accesory lain tak de.



ok .bila dah siap. puas hati. Seriously..



Kos:.
Wainscoting chair rail 4 batang . harga semua RM36.00
wainscotting frame  22 btg semua: RM 119.40

Dibawah ni Anggaran ya: resit tak simpan
Sealant 2 botol : RM20.
Triangular: RM5.90
Tape Rm10.00
Gergaji Rm20







Friday, 13 August 2021

Little note today.

Assalamualaikum bloggers and readers..

Allow me to write about artiste.. Siti Sarah.. Arwah.. Innalillah. Alfatihah untuk beliau dan semua yang telah  meninggalkan kita.

I am not a fan of her. Can't remember the song that she sang. I know she's was singer. Yang  I boleh recalled dia tang babak komedi dengan Sepahtu or Shuaib kat dalam wad.

Anyway,, I believe she was a good person. Seperti mana yang diperkatakan semua orang. And rightly so.

Actually semua orang adalah baik, atau akan jadi baik. Cuma detiknya kita tak tahu. Baik adalah impian semua orang. Kesudahan yang baik lagi lah. Semua orang inginkan.

Just to remind myself and my friend... jgn leka. Memang jadi asbab covid ni. Ajal datang pelbagai cara. dan kita kena usaha elak dari penyakit dan lainnya serah pada Allah.

Ketentuan dan perancangan Allah mengatasi segalanya. Dont worry about tomorrow. Jadi kan yang masa sekarang ni yang terbaik. Insya Allah esok esok lagi baik.


Semoga kita semua dijauhi mala petaka, penyakit berbahaya, bencana dan fitnah.

Stay safe semua

Thursday, 12 August 2021

Berjuang dan perjuangan..


Biar hujan hapuskan airmata mu.
Biar arus lenyapkan duka.
Lupakan sedihmu yang berkongsikan ribuan warga.

Pengalaman guru yang bermakna.
Amatan mengajar waspada
Ia mempunyai jiwa, ia mempunya warna.

Jangan semuanya musnah dek jengahan  di dinding dinding puaka.
Kerana mereka tidak pernah merasa.
Rasa dan jiwa mereka juga berbeza.

Kau dan laluan mempunyai hala.
Mereka "berkelewaq" di merata wadah.


Senyum mereka pura pura.
Tulisan mereka merebak hina.
Tiada yang ihlas malah durjana.
Tidak betah mengenal sirna.
kerana kelibat hampir serupa.

Teguhkan dirimu.
Pasakkan iltizam mu.
Bergerak dan terus maju. 
Kerana segalanya utk dirimu, demi yang Esa.
Bukan untuk meraikan mereka, yang tak pernah bersyukur cuma.

Bekalkan dirimu dengan penuh cangkir cangkir ilmu.
Penuhi lah telaga kebajikanmu
Akan berguna berhadapan mereka.
Dengan ilmu kau pasti berjaya.
Mereka rebah menjerit berdusta.
Mereka kan dihina, waktu menentukan segala.

Bersenyumlah, 
Bersyukurlah dalam jaya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...