Sunday, 27 June 2021

I jump u jump?

Assalamualaikum bloggers and readers..
Persiapan untuk jump-start kereta..
Tu la kereta ni tak jalan sgt ..
Yo lah pkp kan.. kalau nak bawa dia pun pergi shopping groceries.. kekadang. Mileage pun berapa ja.

Sib baik kereta Lurvy.. so tak lah di ngomel sangat. Selalu dia ingatkan suh start kereta mana2. Ni keta dia..so..

Kereta ni katanya last naik dan bawa beli belah baru ja, 
Tanya baru bila ? dah  tak sure ..hmm.

Ok. Done start..so far ok. Biar injin berjalan 10 minit. Start balik. Hidup.

Apapun pergi ke workshop juga .. check batery punya status.
Dan ok kata mekanik.

Done. Kos: Air batery dan one cup tealive sambil menunggu.. plus rm5 service caj. 
Selesai ...



Friday, 25 June 2021

My pizza in the morning

Assalamualaikum bloggers and readers..
Hari ni baru lengan kiri terasa sakit. 
Semalam ok ja. Dos pertama baru.
Kau orang dah di vaksin ke.?

Aku dapat Comirnaty from Pfizer. So far ok ja.
Tak dak side effect. Panadol pun tak makan.

Berpagian Lurvy jogging manakala aku hari ni...prepare breakfast.
Tau aku masak apa..wohahahaha
Pizza..ya pizza..ala yg guna roti gardenia dgn telur.
Then tabur la apa kat atas. Hotdog ke ..cheese ke.


Tiga keping roti dan 2 biji telur dapat satu size personal.

Sat lagi anak2 nak makan masak lagi. 10 minit siap.

Simple dan cepat dan mudah.


Pagi ni aku nak jogging..tapi nak jadi cerita smlm.. Petang..selepas vaksin paginya, ingat nak jogging.
Jumpa jiran..
Tunjuk gaya cucuk dqn bertanya  dah dapat date ke?
Aku ckp..eh sudah pagi tadi.
Eh..ptg nak jogging ke..baik jangan.
Oh..aku diam.
Dia sambung; ada kes kat Sgp ada komplikasi kalau bersenam.

Aku mcm biasa la tak react negatively..dengar ja.

Aku tak setuju dengan berita tu sbb hearsay dan entahlah macam macam teori kat medsos.

Aku briskwalk dan enjoy the evening run.

Pagi ni kerja..oh ya smlm cuti..company bagi cuti hari appoitment cucuk.

So gotto work dan tangan kiri sengal sikit ..aku decided x jogging.. 
Masak pizza ja..yummy.

Wednesday, 23 June 2021

Hasil usaha tanpa jemu..

Assalamualaikum bloggers and readers..
Alhamdulillah ketemu lagi..

Euro 2021 masih hangat berlangsung my favourite team is Belgium. Walaupun macam tu ada sedikit soft spot untuk Turki namun gagal melepasi peringkat kumpulan. Next team utk diperhatikan ialah Italy, satu team yang telah bangkit setelah kecewa dalam worldcup 2018. Rasanya boleh pergi jauh.

Dan another team yang mungkin ada peluang untuk jadi johan ialah German. 
England? Hmm macam tu lah ,Agak gempak ceritanya sebab kita agak familiar dengan pemainnya, namun peringkat Eropah ni aku diskaun sikit team ni. The best setakat semi final..

So tak leh lah ulas pilih semua team kan sebab peringkat ni dah tak banyak team lepas. kalau teka semua team dan ulas mesti betul lah satu.. Stop pasal ulasan team. Tunggu dan lihat ja..
Team aku wish (jahatnya..) untuk tak pergi jauh walau depa kuat ialah Portugal, Hahahaha.


So harini masuk ofis. Alhamdulillah ada few meetings and progress baik semuanya.
Dan ramai juga yang berselisih setelah lama tak jumpa. Ya lah datang pun  ofis pun, dok diam2 tempat kerja, Mana boleh jumpa orang.. SOP perlu dijaga.

Teguran ceria yang best, kata aku dah kurus. Katanya nampak sangat..Nampak muda macam bujang dulu sbb kurus.

Hahaha..make my day!! 
Mungkin sebab aku banyak jogging kot. Sapa kat tak dak kesan. Memang berkesan dan awet muda...wohahahhaaa
.
Takde lah.. tak baik menerima pujian sedemikian kan.. Kita patut bersyukur diberi kesihatan yang baik.

Esok appointment dos pertama. Semoga dipermudahkan..
Jumpa lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...