Monday, 30 January 2017

Hotel Perdana Kota Bharu Kelantan

Assalamualaikum bloggers and readers..

Alhamdulillah..
Berkesempatan bercuti di Kota Bharu. Dan bestnya boleh complete set anak2. Maksudnya semua free time ni dan semuanya bercuti.. Ye lah bukan senang sekarang ni nak plan cuti together-gether.

Sebenarnya belum pernah bercuti ke sana sekeluarga..ada pun pergi urusan kerja.
Di kala bercuti kali ni , hotel ini yg menjadi pilihan .
Rancangan awalnya ingin menginap 2 malam tapi next day fully book.  Terpakasa ubah plan.. Next day kena gerak ke Kuala Terengganu. Tu la plan lagi last minit!! 
Tapi memang kena plan last minit sebab nak kena confirm cuti anak tu dan anak ni. Bila dah confirm semua boleh cuti baru start call hotel.. 

Ye la peak season, sempena cuti tahun baru cina maa. Tak ada pilihan lain makanya kami stay satu mlm..next time nak stay lama  sikit , dan book awal awal.

Memang terbaik la hotel Perdana..  Layanan sangat istimewa..




Yasmin berposing ..

Hoteel Islamik ..Disediakan kemudahan solat iaitu kain pelikat , kopiah , sejadah dan telekung dan minyak attar serta tasbih








Personalised treatment..memang superb..




Saturday, 28 January 2017

Kota Bharu Kelantan makan di mana? Sedapnya makan di Restoran Ikan Bakar KST

Assalamualaikum bloggers and readers..

Sebut sahaja Kelantan memang terbayang makanan yang sedap sedap dan unik.
Namun aku mencari yang authentik Kelate.
Contohnya nasi dingin, nasi kerabu atau pun nasi berlauk.

Sesampainya di hotel , check in dan terus keluar untuk dinner. Tempat yg dituju KTS Restoran. Ini antara restoran yang dicadangkan untuk dicuba.

Restoran agak popular di KB, berdasarkan ramainya pengunjung, tapi oleh kerana kami agak awal maka bertuahlah sebab masih ada meja.
Senanglah nak makan malam seramai 10 orang. Kalau lambat mungkin susah nak ruang seramai itu.

Makanannya sedap. Ulaman, huh..banyaknya..meriah.
Kami order ikan siakap tiga rasa, 2 ikan selar bakar, 2 ekor sotong goreng tepung, tomyam x2, telur dadar x4, kailan x2..

Memang sedap dan anak2 suka. Ayah pun suka.

Tak mengecewakan...dan anda mesti cuba!
Sotong goreng tepung close up"

Danish suka pulak makan ulam n budu

Tuesday, 24 January 2017

Nukilan: Inspirasi

Assalamualaikum bloggers and readers..



Lihat lah ke dalam hatiku ..
dan bisikkanlah selamat tinggal kepada musim semalam
bayu mendingin namum kehangatan mu masih terasa
Bulan menangisi  dalam pujukan angin senja..


Pinta pada awangan dalam kesyahduan
Hadirlah mimpi indah untuk kita berdua
Gelap malam melitupi duka dan mendamaikan hati gulana
Namun ada sirna menanti di hujung sana
Kerna mentari belum berhenti bersinar

Hapuslah alunan derita dalam jiwa
Pernahkan  Dia menjanjikan dusta??
Pasti ada hikmah di hari muka,..
 Ingat dan yakinlah..
Sesungguhnya Dia Maha Merencana
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...