Friday, 21 October 2016

Kenangan Swiss: Dah mula ingat nak travel lagi nih.

Assalamualaikum bloggers and readers..

Bila terlayari fb saiful Nang ternampak foto kat Swiss yang di"upload" oleh beliau....


Terkenang la pulak  ketika aku dan Lurvy memandu tempohari dan sampai  tempat yang sama. Ketika ni agak keletihan jadi malas nak keluarkan DSLR sebab terletak dalam beg dan dalam boot kereta. 

Namun, dengan rasa teruja nak berphoto,amik juga few photo dengan telefon yang cikai,, Samsung S3,, boleh la amik gambar kan..

Tempat ni memang cantik.. dari pinggir bukit di mana terdapat  jalan yang membawa kita menuju ke Interlaken atau Frutigen kalau tak silap, kita boleh melihat hamparan tanah pamah di tepi tasik yang di kelilingi oleh gunung- ganang.


Namun walaupun dengan kamera phone , aku tetap hendak merakam supaya kenangan dapat diabadikan. (dan elok tak elok gambar tu kemudian kira.)

Yang penting aku rakamkan juga detik tersebut.. kalau tak cantik boleh delete.
Bila kami  lihat foto-foto yang diambil, terkenang kembali keadaan masa tu dan kenangan manis kembara menjelma.

(Ya ya.. coretan penuh aku masih tergantung kat Dortmund German,,nanti complete baru post semua)

Dan juga boleh aku buat perbandingan musim yang berlainan. Amat teruja melihat perubahan yang berbeza mengikut musim

Ni hasil dari kamera phone.aku. (Musim Spring nak masuk summer)


Ni gambar dari Fb Saiful Nang , cantik gambar pro ni:::( Agaknya masa summer)


p.s. Sapa tahu nama tempat di bawah..?




Thursday, 20 October 2016

Benar tak tuduhan makan harta anak yatim ni ,seperti yang dok viral di dalam internet?

Assalamualaikum bloggers and readers..

Harta anak yatim.

1. Hari ni kecoh pasal makan harta anak yatim. Al kisahnya ada saudara menggunakan sumbangan anak yatim.

2, Anak yatim yang kedua ibubapa mereka meninggal semasa kemalangan di DUKE tahun. ( cepatnya masa berlalu)

3. Diviralkan, di masukkan dalam FB segala rentetan peristiwa. Orang yang dikecam digali sejarah dari tunang sampai kawin sampai dapat anak, sampailah ke majlis anak tersebut.

4. Sampai nama Mufti pun terkait, dan diberitakan di alam maya yang Mufti pun kena keluar kenyataan.

5. Semua berita ni aku tak pasti betu ke tak..namun yang viral tu pasti lah, sebab tu aku tahu dan nak menumpang nukilan sini. Kerana..aku  tak mahu dan tak suka nak komen benda yang tak sahih.

6. Sebab kebenaran akan muncul juga. Jadi yang pi hantam berdasarkan keviralan pun aku agak muyskil. Mungkin dah tahu cerita sebenar sebab tu" kondifen " saja hantam.

7. Kalau lah salah pun kita jangan men"dabel"kan kesalahan tersebut.

8. Omputih kata "2 wrongs don't make it right". mmm
Makan harta anak yatim adalah salah. Tuduhan melulu adalah salah.
Mungkin benar depa makan. Mungkin benar tuduhan. Jadi betullah dua dua benar.
Cuma... pasti tak dua dua ni benar?
. itu persoalannaya


 Aku? aku tak pasti...



Prestzel ( betol ke ejaan?)

1. Memang sedap masakan segera yang tumbuh seperti cendawan lepas hujan kat Malaysia.
2. Orang Malaysia senang menerima, adapt masakan luar ni. Bawa la masuk cookies ka, ayam penyet ka. pizza ka, nandos, nancho ke , burger kebab, nasi Arab , semua orang Malaysia boleh telan. oh serta sushi. dan kimchi serta mee segera pedas korea.. huih banyak kan.
3. Dan juga "hotdog" serta nama yang seangkatan dengannya.
4. Isunya salah nasihat atau cadangan tukar nama. Tapi kena hentam kau kau jugak badan agama .
5. mungkin kena berhati hati dalam membuat kenyataan dan kena selidik dulu.
Salah sebut memang akan kena.. itulah reality.

Sekarang dah popular jenama Untie Anne disebabkan isu ni..hmmmm
promosi percuma lah!


Wednesday, 19 October 2016

Pujian dan ramalan

Assalamualaikum bloggers and readers..

Adalah menjadi lumrah manusia, kita suka kepada pujian. Pujian boleh membawa kita keawangan. ,,sehingga ke puncak awan.

Pujian boleh meningkatkan motivasi dan kecekalan diri kita dalam mencapai sesuatu tujuan.

Pujilah orang disekeliling tanpa syarat.
Boss puji anak buah, Mak bapa puji anak anak.
Guru puji anak murid.
Jurulatih puji pemain..

Semua ini digalakkan. Malah penyelidikan pun mendapati semua pujian akan mendatangkan kesan positif..kepada penerima pujian dan orang yang memuji,
,dengan syarat ikhlas dan bukan membodek.



Cuma akhir-akhir ini , teknologi banyak memainkan peranan. Contohnya facebook, yang menyatakan jiakalau lahir kat korea rupa macam mana, contohnyalah!
. Tentulah hasilnya , rupa yang cantik dan flawless bagai.

"Kalau anda begini akan jadi bagaimana"
, Kalau menang anugerah, anugerah apakah yang akan dapat.


contohnya macam ni:


Semua tu puji, puji diri sendiri. Ya ya,, apps yang "set" kan. Tapi of  course semua yang baik baik , yang comel , yang molek. Pendek kata semua yang positif. Itu pun satu pujian,

tetapi terlalu syok kita pun kongsikan dalam facebooksebab apa?,,sebab apps yang  kata macam tu.

Aku tak percaya. dan tak akan percaya.

Apa lagi zodiak modiak ni..

Sebab ianya hanya imiginasi peramal. Did i mention peramal?
Wow ...ramal meramal ni lagi la tak boleh!!

So jangan lah dok rujuk kat apps dalam hal - hal "if "( kalau) macam ni, Kalau itu la kalau ini la.
Kalau macam tu senang la. Belek ja ramalan..toksah buat apa2.
Sebab itulah aku hairan orang suka baca zodiak atau perkara yang sama waktu dengannya.

Puji boleh! Ramal jangan sesekali okay.
jangan percaya..tolongla. ..

p.s Dulu dulu mak selalu puji aku hensem.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...