Thursday, 3 December 2015

Bandung: Baru ku tahu, tauhu nya amat syahdu!!!

Assalamualaikum bloggers and readers..


Sejujurnya aku menyangkakan Bandung hanya untuk membeli belah. Barangan Facotry outlet dan barangan tempatan seperti tektile bersulam dan sebagainya. Itupun setelah membaca blog.

Betul kan ketinggalannya aku...




Di Factory outlet



Peliknya cuaca Jakarta sangat panas. walaupun check Met website. hanya beza 2 atau 3 Celciuos dangan KL. Turun turun flight nala punya panas!!





Logistik: Misi mencari hotel

Setelah last minit memebeli tiket seramai 9 orang. Misi seterusnya mencari hotel dan pengangkutan.
Waduh ,, senaang ke nak cari dan nak dapatkan contact. Hotel mungkin boleh dengan mudah melalui online tetapi supirnya? Akhir dapat dalm satu blog.. wassap  transporter tapi macam layan tak layan.

Lurvy dapatkan dari kenkawan. Ada satu nombor.  Bermesej la dngan dia..
5 hari 4 malam dia beri harga  RM3500. 2 mlm JKT 2 mlm Bandung.. begitulah rancangan dan  itenari aku. nak pi mana pun tatau lagi. dia minta detail aku bagi macam ni ja..


Then nego price dapat la 10,000,000 Rp dalm RM3300.. Bargain ke tak tatau lah.. kiranya kalau RM3500 /4 mlm / 9 orang ...dalam Rm97.00 per day.. oklah tu. all in . hotel , transport, minyak tol , driver. ok lah kan.
Dengan tatau dia ok ke tak..sbb kawan kata dia baik maka pasrah je lah.



Ramah penduduknya.
Seperti pengalaman sedekad dulu ke Indo.. sama ja ..penduduknya amat ramah. Dengan supirnya yang amat jujur. Bayangkanlah sesampainya aku bayar advance dulu Rp5,000.000. Aku hulur dia tak kira pun. Esoknya dia cakap aku bayar lebih 5j dan dia pulangkan balik. Aku ambil..hahaha just because it sounds like ratusan ribu!!! dan sbb nya first day aku tak shopping lagi.. so tatau budget.

Yang penting dia jujur atau maybe dia rasa aku test dia. hmmm.. aku pun kira tak betol..sbb jutaan wehh. Ye lah.. sbb nak travel jauh JKt to Bandung ,, minyak tol bagai mesti dia nak bayarkan .

First day ..good day!!  mengenai kejujuran pemandu Indonesia yang amat superb!!


Makanan lazat.

 Berbekal kan itenari sorang sahabat yang dah 9 kali ke sana.. Diberinya senarai restoran..Antaranya Dcost, Stone Cafe dan giggle Box.
Mesti try , katanya.
Ok aku pun mintak supir kesana seperti nama2 kedai makan tu. Dia tengok aku atas bawah atas bawah. Eh, kalau ke sini mesti masakan sunda atau masakan padang.. katanya.

Kenapa lak?, Yang tadi tu Westerbn dan makanan biasa biasa. Tapi aku stick dengan itenari aku dulu dan tanak folo sangat cadangan dia .

Makanan memang sedap. Anak-anak suka Dcost dan enjoy makan di Stone Cafe.
Menikmati permandangan  kota bandung di mlam hari sambil dengar live band di Stone Cafe dan sambil duduk bersila..perghh.. nak nak kelaparan selepas shopping!!

Giggle box tak sempat pergi. Lari sikit jadual.. Yang lain makan nasi padang dan ayam penyet!!

    Ayam penyet yang pedas mendidih

Supir tu bagitau.. ayam penyet disini tak sama dengan di KL. Aku tanya pernah sampai Malaysia tak? Takk jawabnya.
.erkkk? cam mana tau rasa kat kl ni..hahaha.
So aku pun terima suggestion dia untuk ayam penyet ..tu pun late lunch.
Semua amik pedas kecuali yang Aisya dan MinMin..
Sedap bila makan tapi,, pedas hap hap.!! Takpasti adjective apa nak takrifkan pedas tu. Mendidih didih, Tapi supir tu selamba saja.. aku memang layan pedas tapi yang ni tak le tahann


   Makanan yang tak leh lupa..

Makanan yang paling sedap aku rasa diBandung ialah tauhu Sumedang ( Sumedang ni tempat rossa, baru aku tau), Tauhu yang di jual di tepian jalan menuju Kawah Putih.. Teringat-ringat sampai la ni. Sib baik tak ingat kat orang Bandung!!..

Tapi tauhu ni memang terbaik,,baru ku  tahu!!

Rangup di luar, lembap di dalam..wohohoh


Tauhu Sumedang








Tuesday, 1 December 2015

Bandung: Aku yang ketinggalan....

Assalamualaikum bloggers and readers..



Bandung?
Setelah sekian lama aku banned diri aku ke Indonesia akhirnya aku menjejak juga bumi  penuh budaya dan sejarah serta bentuk geografi unik itu. Semuanya perancangan last minit..betul betul last minit!

Orang dah bertahun dah pi..aku baru nak masuk Indonesia. Nak tulis cerita pun semua orang dah aware,, tapi ku tuliskan juga..

Sempena cuti sekolah yang bermula maka aku pun bercuti selama seminggu. Tapi tempat nak bercuti tak tau nak pi mana…

“Cuti lama ni nak pi mana?” Lurvy bertanya.
“Sat aa dok pikiaq lagi” macam biasa aku jawab
“ La ,,minggu depan dah cuti ni. Ishh tak plan lagi ni. Nampaknya balik kampong sajalah. Abang selalu macam tu”
“ Apa kata kita balik kg..ka ..singgah Penang dua tiga malam . LEpas tu terus balik Kedah 4atau 5 hari? Tak pun kita amik train ke Bangkok. Tapi siap la seharian atas train”
“ikut la mana mana pun”..

Aku bukak internet layan Airasia. Bangkok Vietnam..Jakarta? Hmm indonesia ni..Aku last pergi 2008. Selama 7 tahun aku bar diri aku dari pi Indonesia atas sebab2 patriotik,,hahahah
Serious!! Sebab2 patriotik.
. So oklah give them a chance ..wohahahaha.. lagipun matawang yang selayaknya berjalan akhir-akhir ni Indonesia pun..( Mungkin tu sebab utama).

Tengok JKT tiket dalam Rm 92.90..wow..last minit deal..murah ni. Pi balik dalam rm200. 9 orang just RM2000.00 lebih kurang..
Maka aku pun beli hari isnin mlm..Travel Ahad pagi..!!
Bagi tau Lurvy.. “ok kita ke Jakarta and bandung 5 hari 4 mlm. 22/11/15 pi , 26/11 balik. Tiket dah beli”

Hotel?
Erkkk
Jangan abang.. Kang payah kalau tak arrange.. 9 orang ni…
Aku google internet. Baca blog. Dapatkan no fon.. Wassap..
” Kita cari supir and transport!!!!”
“Passport semua hidup lagi ka?” Aku buat checklist la konon  konon.
“5 orang passport expired.” Jawab lurvy.

“Ok esok balik singgah buat.. Bayaran bawah 12 tahun RM100.00 untuk  5 tahun kannn?”
“Entahlah esok pegi kaunter baru nak semak bayaran..”

Pergh..
Travel Ahad.. Hari ni Selasa
Passport 5 org tamat tempoh
Hotel belum book
Transport belum cari…

Panic? Not yet.. bertenang

Keep calm and keep looking!!


To be continued…






Monday, 30 November 2015

Photo

Assalamualaikum bloggers and readers..


Tempat kembara ku..
Baru baru ini..

Sekian lama tak memfoto,..


Kawah Putih Indonesia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...