Wednesday, 30 September 2015

Hakikat menerima keputusan.

Assalamualaikum bloggers and readers..


1.Ok lah direct to the point..
Macam main monopoly pulak ye..syok-syok beli banglo beli tanah..
tetiba salah langkah --->> Straight to jail you go!

2.Itulah yang berlaku mutakhir ini. Tak lah straight macam tu dalam kes ini. Pelbagai proses dia lalui dengan rebahnya semasa jogging pun ada. Kalau sapa folo perkembangan dia lah. Punyalah lama kes berlangsung. "A delayed justice is injustice"

3."Injustice" kepada sesiapa tu terpulanglah. Sesuatu itu terpulang pada sudut pandang memasing. Penyokong sana/sini kata kesian, teraniaya dll. Satu lagi tanya " awat 12 bulan sahaja."? Ada juga alasan utk pempersoalkan. Memasing ada pendapat. Free country katakan.

4. Apapun hukuman telah dijatuhkan. proses mahkamah dah putuskan. Terima tak terima kena terima. Belajarlah bersimpati, sbg manusia, belajar lah menerima hakikat. Imbangkan yang mana terbaik.

5. Kalau mahu keputusan kita (walau sekecil mana keputusan tu) dihormati, Kita kena hormati keputusan org berotoriti dalam bidang memasing memberi keputusan meraka. Life is simple,senang. tak perlu jadikan ia lebih komplikasi.

6.  (p.s  Tulis blog lagi senang,,,woahahahahaha.)

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>



Paparan foto kali ni:


Kerbau mati ( disembelih,org makan kenduri)  meninggal kan gigi..
Manusia mati meninggalkan nama, legasi, sejarah,sumbangan, ilmu dll,
Biar mati dalam masjid, jangan mati dalam penjara


Jom.. benda simple tapi besar maknanya ( No 1)

Assalamualaikum bloggers and readers..


Jom kita buat benda-benda cenggini, Aku nak share 100 tips dan tip-tip mudah sangat

 Sebagai permulaan..Ni tip no 1. Senang saja nak buat dan simple, 
boleh adjust dengan keadaan semasa. 

Mungkin kita tak sedar tapi  walaupun ianya sekadar benda2 yang kecil boleh menggembirakan sahabat, kawan sedara dan juga hati kita..


1. Call an old friend, just to say hi.

   *kawan kawan yang pernah ketawa, menakal , menangis, belajar sama-sama namun terpisah dek masa. Ada kan nombor memasing.??..apa kata kita  call ke wassap ke message ke.. bukan sekadar wassap grupchat tapi pm directly. besar makna nya oo

  *  Ucap birthday pun molek kalau kita mesej secara peribadi daripada "copypaste" ucapan yg dikarang oleh grup member yang lain


Sekadar hiasan.. pHoto ketika di kampung tempohari.

Tuesday, 29 September 2015

Photo: Suasana kampung sempena percutian AidilAdha

Assalamualaikum bloggers and readers..


Kampung ku
Jauh dari hiruk pikuk kota.
Tenang dan damai seadanya
Kenangan dan memori ku bawa kemana jua.
Mendepani kelabu, kontang ..asap kota.

Betapa beza langit di sana di kala kini..
Jikalau tiada musibah masakan dirasa nikmatNya
Yang banyak.. tiada terdepang tangan mengukurnya

Nota:
Setelah digalasnya DSLR pulang kersama beg2 baju ke kampung, maka aku pun menerjah kebelakang rumah sambil menikmati permandangan sawah. Yang baru dibajaki. Sambil menunggu saat yang sesuai untuk ditabur benih. semoga rezeki ayah serta pesawah lainnya terus melimpah ruah, seadanya.






Buah pisang ni kalau digoreng sangat sedap. Susah juga nak cari kat sini. Kat pasar borong pun susah nak dapat

langit yang cerah..

namun terasa sedikit tempias IPU yang suam suam kuku


Suasana menghampiri waktu senja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...