Tuesday, 30 July 2013

Kubur vampire ditemui

Assalamualaikum bloggers and readers..

A ''vampire'' skeleton in Gliwice, Poland.

Apabila ahli-ahli arkeologi membongkar sebuah kubur purba di tapak pembinaan lebuh raya berhampiran Gliwice, Poland, mereka terserempak dengan keadaan seperti adegan dari filem seram: tapak pengebumian vampire.

Di situ disyaki kubur vampire dimana terdapat  rangka manusia yang terputus kepala dan diletakkan  pada kaki -amalan pengebumian Slavic purba mereka untuk menghapus sesiapa yang disyaki sebagai Vampire ..
...dengan harapan bahawa mayat yang dipancung  tidak lagi dapat bangkit dari kubur mereka...


MAcam macam dunia ni... hermmm

Friday, 26 July 2013

Sekeping gambar seribu cerita, berjuta andaian,,,,

17 Ramadhan 1434

Assalamualaikum bloggers and readers..

Memang betul gambar mencerita seribu perkataan. Lebih  banyak gambaran yang dapat dibuat dengan melihat sekeping gambar. Mungkin seribu mungkin sepuluh ribu cerita dapat diulas dengan sekeping gambar.

. MAcam gambar ni..
gambar  hiasan.


Ok tu intro dia... entah apa apa punya intro. Ade ke diletakkan gambar gadis Turki la pulak. Nasib baik gi Turki dengan Lurvy..

Nanti pa lah pulak andaian orang...

ok ok...Sebenarnya aku simpati dengan  apa yang berlaku baru baru ni..

Orang kata " First cut is the deepest". 

Ni ha cerita Sekolah Keb Pristina...

MAcam tu lah penangan perkataan yang diserta dengan gambar yang berbunyi " Pelajar dipaksa makan dalam tandas"
memang ayat tu ayat killer..
dan ada gambar serupa pulak tandas.. Ada cubicle dan ada sinki bagai..
Memang kena pukulan maut..

Nak jawab pun dah tak boleh.. Damage has been done. Samada sengaja atau tak sengaja caption tu diletak

Kalau bilik persalinan pun jadi masalah besar kepada dia sebab gamabr mencerita seribu perkataan. 

Malang lagi bila " Sekeping gambar memberi peluang untuk massa (org ramai) menbuat sejuta andaian". 
Dikatakan  tandas walaupun bukan tandas..

Pelbagai pihak komen dan retweet dan buat entry..Ssampai jadi polemik yang besar.

Adakah ada agenda atau suasana ini menyerlahkan apa yang terbuku di hati masyarakat Malaysia.
Adakah tiada lagi jalan keluar yang lebih harmonis kalaupun betul apa yg tersirat di foto tersebut. Adakah semua perlu dikaitkan dengan kaum, penindasan dan politik yang tiada kesudahan.

Aku berpendapat..( err boleh kasi pendapat), setiap isu kena tengok kepada apa yang hendak ditonjolkan. Kalau kata inilah peluang untuk bikin bising memang lama lah isu ni berlegar. 
Tegur lah berhemah....

Ini dengan ada ugutan bunuh...

Dalam entry aku sebelum ni aku tetap kata kalau betul dlam tandas tak bijak lah tindakan itu. Tapi aku rasa caption pada gambar " Makan dalam tandas" mempunyai implikasi yang besar dari isu yang hendak diselesaikan.. Kerana yang sebenarnya bukan tandas...

Aku nak kata isu ni kecik nanti pihak yang kena batang hidung akan kata " kalau kena kat kami hampa anggap kecik".. Susah juga nak komen.

Beginilah... kekadang aku tengok kat kedai makan pun ada meja sebelah tandas... real punya tandas tau bukan bilik persalinan. Kat gerai tepi jalan pun ada yang makan tepi longkang yang ar nya hitam pekat, sama pekat dengan air gula cendol yang dipesan tadi..

Sebabnya ialah fokus. Masa tu fokus pada makanan, tepi longkang pun tepi longkang asal sedap. Kalau kita tengok pula mungkin kita fokus pada longkang tu pulak...tak sanggup.

Aku bersimpati pada pendidik dan GBesar sekolah tu jika fokus masalah tu dilihat bukan dari sudut yang sebenar..Dan penyelesaian yang diharap menjadi lebih "busuk".

Jadi marilah kita berhati-hati  tentang apa yg tertulis, apa yang tersurat dan apa yang tersirat..




Ratu cantik... lawan bola .....JDT

Assalamualaikum bloggers and readers..

Kuat betul semangat depa ni

Ada orang masih mahu masuk pertandingan ratu cantik. Walaupun  tak dibenarkan.

Aku tak pasti jenis apakah pertandingan ratu cantik sebenarnya. Adakah untuk orang yang perasan depa cantik atau pertandingan uji kebijakan juga, ada uji otak sikit sikt, buat syarat.
Supaya tak exploitasi wanita.

Apabila tak boleh bertanding mula lah tanya awat renang dan gymnastic boleh pulak?

hah sapa mau jawab..?
 Bagi aku jawapannya senang ja.. " Two wrongs don't make it right"

Renung renung kan lah...

Bukan apa, buat malu saja benda macam ni pun jadi polemik.

Ok cukuplah pasal ratu yang perasan cantik...opppss.


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Bolasepak.

Malaysia lawan Chelsea tempoh hari. Khabarnya ramai yang datang sokong,,,err sokong Chelsea.
Adapun sepanduk berbunyi " Walaupun sokong dan pakai baju  Chelsea, namun Malaysia tetap di hati ""
Cewahhh.. Sedap bunyinya.... Kalau Malaysia lawan Timur Leste agaknya ramai macam tu ke.?
KAta di hati...

Aku, kalau team mana pun lawan Malaysia, aku tetap tak akan pakai baju team lawan. Titik.

Dan Rajagobal pun satu, asyik cari pengalaman saja. Banyak yang dipelari dari perlawanan tersebut.
Lawan Chonburi macam tu jawabnya, lawan Maldives lagu tu juga.. Lawan Chelsea pun sama..
Pun sama , pun sama. Macam cerita gembala kambing:
                    Org tanya: Kambing pak cik jaga ni makan banyak mana?
                     Kambing hitam ko putih?
Kalau putih............
Kalau yang putih....Dalam empat kilo dedak..
OOOOooo. ( pakat pakat angguk,,detail jga org tua  ni)
Kalau yang hitam pakcik?
Pun SAMA...

Betul kan?
 sama jer dengan gembala kambing...


Soalan: Coach apa yang coach nak dari games frenly nanti

Lawan Chelsea ke lawan budak sekolah?

Lawan budak sekolah?
Nak cari kombinasi terbaik...
Ooooo...kalau lawan Chelsea..
PUn SAMA...

Aduyai...


Jap jap.. ado ko kambing makan dedak..??
Korang pun SAMA.... main terima bulat bulat..


.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Lion XII

Aku analisa punya analisa, maka aku dapat buat kesimpulan, kenapa Lion XII menang Liga Super.
Tak lain tak bukan sebab JDT.

Apa kena pulak dgn JDT ni?

Gini..
 Di belinya pemain ternama dari pasukan lain. Habis team lain kena rombak.
Dengan Mat Yo nya, Aidil, Shafiq... semua tertarik dan tinggalkan pasukan yang ternama dan ada potensi juara seperti Selangor dan Kelantan. Tempanglah pasukan tersebut

Tak salah dibelinya..

Tapi masalahnya Fandi tak pandai garap dan bentuk pemain ternama ni untuk kukuhkan JDT. Kukuh tu kukuh la bukan tak improve lansung JDT ni, tapi patutnya boleh juara. Nampaknya Fandi gagal. Dan sekarang ni coach LDT dengarnya dari Spain ke mana tah.

Itulah harapan aku.. Fandi memang pemain hebat  tapi bukan coach yang hebat.

Oleh kerana team yang kuat dilemahkan oleh pembelian ke JDT dan JDT yang banyak star pun gagal makanya Lion XII ambil peluang...

Itulah analisa aku....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...