Friday, 8 March 2013

Breaking news: Bapa Saiful Bukhari mengakui kes liwat kedua sebuah konspirasi

Assalamualaikum bloggers and readers..


Bapa Saiful Bukhari mengakui kes liwat kedua sebuah konspirasi




Malaysian Insiders reports:
OLEH MD IZWAN
MARCH 08, 2013
KUALA LUMPUR, 8 Mac — Bapa kepada Saiful Bukhari Azlan tampil ke hadapan hari ini mengakui kes liwat kedua yang melibatkan anaknya dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebuah “konspirasi politik jahat” untuk memburukkan nama pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) tersebut.
Azlan Mohd Lazim, 60, dalam satu sidang media tertutup juga mendedahkan kes liwat tersebut telah dirancang rapi oleh seorang pegawai khas di Pejabat Perdana Menteri sejak awal pendedahan kes liwat kedua tersebut.
“Ini adalah konspirasi politik jahat untuk membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kali kedua,” kata Azlan (gambar).
“Saya memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya.Beliau dan keluarganya telah banyak menderita dan sengsara akibat fitnah ini,” tambah beliau.
Azlan yang ditemani oleh dua rakannya juga menolak pengakuan yang dibuatnya hari ini adalah kerana desakan ataupun tekanan mana-mana pihak, sebaliknya dilakukan dengan rela hati.
Apabila ditanya mengapa menunggu hingga hari ini baru tampil untuk membuat pengakuan, Azlan berkata ia adalah kerana selepas membuat penilaian sendiri dan menerusi maklumat yang disampaikan oleh orang terdekat, beliau mula dapat melihat kebenaran disebalik kes melibatkan anaknya tersebut.

Thursday, 7 March 2013

HAri 2 di Turkey: Gambar dari atas bas

Assalamualaikum bloggers and readers..


Masih lagi posting berkenaan hari kedua di Turkey.

Cuma mood nak posting tak ada akibat perbuatan lawak bodoh pandir si Kiram dan pengikutnya.
Herm, sebenarnya aku masih geram. Boleh la pulak pengikut dia main main masuk bawa senjata macam tu saja. Ingat main2 kombat ke...

Ok ok lupakan sekejap. Biar social media lain yang ulas pasal si Kiram tu....

Masih lagi gambar-gambar dari atas bas.
Memang menarik suasana di sana. KAlau musim bunga lagi lah cantik kot ..perghhh.

Aku memang teruja dengan sejarah dan kota2 lama . Nak nak ada kaitan dengan tamadun Islam.


Bot tertulis Bismillah...





Tak tau tinggal....

Assalamualaikum bloggers and readers..serta, Sejahtera dan amanlah Malaysia..

Semalam , Hari Jadi Anak ke 4.
Akmal Danial...

Selamat HAri Jadi Akmal.
Moga berjaya dalam kehidupan , Dunia dan Akhirat.
Amin..


Juga semalam
dia ada ujian maths...
Aku terdengar dia bagitahu Lurvy
 " Tak sempat habis mama"
"Kenapa, susah ker?"
" Tu lah soalan nombor 3. Akmal cari cari jawapan. Lama . Akmal buat tak der jawapan. Buat lagi tak ada jawapan. Akmal dok buat soalan tu je ... Pastu  tu cikgu baru bagi tau soalan salah. Masa tu tinggal 10 minit lagi"

Aku, dalam hati: "Aduyai...anak aku sangkut kat soklan no 3. Soalan salah. Dia cari jawapan setengah mati. Tak jumpa jumpa jawapan. Budak darjah 4. Pertama kali multiple choice. Pertama kali jawab dalam kertas jawapan lain. Budak lurus bendul. Mungkin logik dia mesti ada jawapan punya. Cikgu pulak tak buat pembetulan diawal ujian, Lagi sepuluh minit baru bagi tau."

Aku: " La, jadi Akmal jawab 3 soalan saja ker?"
Akmal: "Tak lah abah. Bukan no 3 . no 23. Lepas tu ada sepuluh minit lagi Mal buat lagi 4 5 soalan."

"Hmm, tak pe lah nak buat macam mana. Lain kali kalau cuba 2 3 kali, tak de jawapan , buat yang lain. Jangan la dok cari jugak. Sampai habis masa..."


Bagi aku "blessing in disguise" juga berlaku semalam....
Kalau berlaku lagi tentu dia ingat dan beringat..

Tapi kalau cikgu tu buat pembetulan awal2 lagi baik kot.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...