Saturday, 11 February 2012

Photo: Sunset di Langkawi





Kalau nak buat photo shoot kena plan.. planning dalam fotography amat-amat penting kalau nak shoot landscape.


Penting, amat-amat penting bawa tripod. Macam gambar kat atas tu aku tak bawa tripod makanya letak ikut "dan". dah letak atas batu macam tu takkan nak meniarap nak tengok line dia straight ke tak. Nak meniarap pun tak nampak kot. Kalau kamera ada screen yang boleh flip tu ok la sikit. Aku punya mana ada...


Tapi sebab dah ada peluang.. terus nak snap juga..tak pa boleh edit.

Macam yang bawah ni boleh la kot, walaupun ada senget sikiittt ja..



Sunset at Langkawi



Friday, 10 February 2012

Street photo: Alor Setar (Pekan Rabu dan sekitarnya)

Aku ni kilik kamera kesana sini. Kalau ada peluang untuk shoot, aku shoot sahaja. Balik Kedah pi la Pekan Rabu shopping kelengkapan sekolah Along. Pekan Rabu ni macam- macam ada, dari baju, tudung hingga ikan pekasam. Kedai emas pun adaaaa...

Jalan-jalan area Pekan Rabu Aloq Staq. Ada juga dua tiga empat keping gambar yang aku suka dan nak share sini.




Terutamanya tingkap kedai ni. Unik juga aku rasa.




Terletak kawasan Empire bertentangan Unitar , yang dulu tu Hankyu Jaya.









Yang ni pulak Al-Quran dalam kedai buku di Pekan Rabu.









Ada barangan kraf tangan.. Ada mai siam ada mai Kedah..satu Malaysia dan Siam..wohahahah










"Orang-orang" bersama orang bernama Yasmin...hehehe










Teringat aku suasana Pasar Siti Khadijah.. tapi sana tu kalau ambil dari angle ni lagi molek kot sebab luas lagi..







Pekan Rabu dari seberang jalan. i.e pandangan dari Tabung Haji.










P.s Pi lah jalan jalan kat Kedah.. Macam macam ada,...kasi promo sikit.



-Kata dua tiga empat keping jadi lima enam keping gambar

Thursday, 9 February 2012

Foto: Suasana Di bendang

Sambil-sambil balik kampung aku pun mula-mula tinjau kot-kot ada tempat yang menarik keliling kampung untuk aku abadikan dengan lensaku. Ye lah nak pi jauh-jauh pun, kalau ada rezeki sampailah kan. InsyaAllah.





Dah ada sawah padi depan mata eloklah buat latihan praktikal fotografi.




Inilah hasilnya...









P.s Kalau nak tengok masa padi menghijau kat SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...