Sunday, 25 December 2011

Cuti-cuti Malaysia Sabah Trip: Day 1 - Urvan 14 seater!


Haris menunggu kat airport dari pukul 10 pg. Memang sharp Haris ni.

" Bang jangan risau, saya dah carikan van Urvan untuk abg dan family"
"Oh muat ke , ingat nak dua bijik" Aku tanya takut sempit la nak squeeze ramai"
" Urvan tu muat 14 org la" balas Haris
"oh Ok k k k"
"Banyaknya abg punya k"
"Ha ha ha..thnks Haris"

Tu perbualan sebelum pi....

"Kat mana dah" Tanya dia lagi...
"Dah nak keluar, Baru collect back"

Lama kemudian dia telefon lagi....
"Ok kat depan pintu...sy kat sini."

"Haris ..kenapa ko makin gelap ni?" ...Biasalah bang keja laut...
"Bukan kerja Nexus?".... Lama dah berenti..setahun dah, sekarang bawa bot!

Terus dia tolong angkat beg.. "Urvan diesel ni tau, Jalan baik-baik bang"

"Ok Haris , kita jumpa petang besok, kami nak ke Kundasang dulu.."

Aku sewa dua hari ..kos RM600

"Hati-hati memandu"..Ucap Haris setelah aku drop dia kat jeti Jesellton (?)...Aku rasa tu nama tempat tu..

Sebenarnya tadi dia tunggu kat terminal 2 AirAsia... Bila tak dak flight form Kl pukul 10.05 arrival terus dia pergi terminal 1. Sib baik dekat...


TRAVEL INFOR: VAN URVAN NISSAN SEWA SATU HARI RM300-400
JARAK antara lapangan terbang T1 dan T2 KKIA : 5 Minit
MASA DiAMBIL KK ke Kundasang: 2jam-2jam 30 min
TIP: Kalau tak familiar dgn jalan, kalau nak ke Kundasang day trip dan bermalam kat K.Kinabalu semula.. sebaiknya amik dengan driver.. SEWA all-in- per-day RM400.

Saturday, 24 December 2011

Cuti-cuti Malaysia Sabah trip: Day I - Outbound Flight)

19Dec.2011


Berlepas pukul 7.30.


Flight uneventful, kecuali Aisya dan Minmin bergaduh berebut buku kanak yang steward beri. Hanya ada satu sahaja,, habis huru hara sekejap,,, Yasmin pun nak jugak.


Tapi sekejap saja lepas tu semua cool..



Asalnya beli tix flirefly tapi ditukarkan ke MH sbb Firefly tamatkan penerbangan ke KK







Ada gaya jadi Steward MH? Hahaha... tapi macam layak ja kan. Sapa paling hensem??.




Sbb duduk row yang last, memang cantik ja angle ni utk memphotokan diri dan Lurvy.

Yasmin menang kali ni berebut buku, Aisya majuk dulu


Bincang apa lah tu dua beradik. Alif macam biasa, cuak duduk tepi tingkap





...bersambung

Friday, 23 December 2011

Cuti-cuti Malaysia Sabah trip: Day I - Isnin (Koiso)

Isnin -(Koiso dalam bahasa Dusun)

Kami berlepas dari KLIA ke Kota Kinabalu @0730. Harapan aku agar percutian ini berjalan lancar. Ye lah kan , first time bawa anak2 seramai 7 org tu travel with flight.. Plus Kakak serta ayah dan mak. Semua 12 org ..! huh..
Ketika aku menulis ni aku sedang menunggu flight back to Kl... @ KKIA2. Aku ensure diaorg check-in dulu seramai 8 org tadi dan aku gerak ke terminal lagi satu (AirAsia). Balik ni cacamarba sikit plan,,,

Ini photo ketika pergi KK






















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...