Tuesday, 8 September 2015

MALAYSIA LWN SAUDI ARABIA: Ultras bertindak!@

Melihat komitmen pemain ok la jugak
Kalau tak ok makin orang kutuk.
Tengok sungguh sungguh juga pemain kita ni..

Bermati-matian berjuang...
Malah boleh mendahului..
pelik,dalam keadaan bertahan boleh score..itula bola,,unik!


Tapi Ultra sudah rancang sesuatu..
Sudah berterbangan poster dan rancangan dalam media sosial..

Rancangan ni pun mungkin terbatal rasanya kalau msia menang.

Tapi KSA terus mencari gol dan berjaya.

Kemudian gol lagi.. dan Malaysia pun ketinggalan.


Adakah itu alasan untuk ledakan bom asap dan mercun..
Ledakan bom asap dan mercun bukan untuk perlawanan depan mata kot.. 
tapi message untuk isu lain?? Entahlah

patutkah  Ultra bertindak?
Perlu ke tidak..??
Mungkin mereka lebih tahu asas dan tujuan...

Apapun mereka menyokong dengan penuh semangat..selama ini.
menyokong dan menyokong..sangat2 passionate..

namun, adakah sudah sampai ketika mereka berpatah arang atau sekadar luahan perasaan..

Mungkin..
mungkin..




Poster-poster ultra

Monday, 7 September 2015

Melawat progress rumah

Assalamualaikum bloggers and readers..


Ok kali ni nak update status rumah.. gambar yang diambil mungkin sudah berusia 2 atau 3  minggu lepas..


Nampaknya bahagian pagar dah siap..cuma pagarnya belum dipasang.
Dan pada hari tu ramai juga la org (pemilik rumah lain, bakal jiran. pelawat) keluar masuk rumah ni.. Namun begitulah, rumah belum siap, bukan hak milik kita lagi..
Tengok je lah.. mcam rumah contoh pulak rumah ni ye..
Setiapkali org datang mesti kona masuk rumah ni.. tuan dia jeling saja..huhu



Bahagian dalaman sudah siap tiling.
Cuma masih beralas untuk menegelakkan calar.
Mungkin tiupan angin yang kuat menyebabkan terselak..so kitaorg betulkan..manalah tau kan jatuh benda2 berat ke ..mau rosak tile tu..
kalau rosak atau pecah, mesti diganti terus ..kalau sikit2 .. susah juga nak report defect.





Bahagian tepi yg ada sedikt tanah sekangkang kera. boleh la kan ..tuk menernak rumput.



Apakah difikirkan Lurvy agaknya 

Angan angan itu dan dan ini..





Ruagan porch yang masih belum siap..mungkin ada border kat situ..i.e pebble wash ke


Jalan agak luas dan tiada rumah lain berhadapan menjadikan parking agak selesa di kala sedara mara datang


Parkey belum siap sepenuhnya



Ruang tamu.

Jalan belakang
mac 2015
may2015
june2015


Terkini.. Ogos 2015



Surat terbuka

Assalamualaikum bloggers and readers..serta...

Presiden FAM..

1.Saya terpanggil jugak nak tulis surat terbuka ni. Di dalam kemelut bola ni, saya nak beri idea bagaimana nak memajukan sukan bolasepak.

2.Sekurang-kurangnya blog ni jadi medium untuk saya tulis apa yang terfikir. Sekadar cetusan idea tetapi pelaksananya ialah barisan exco FAM. Itu pun kalau idea ni cukup bagus. Kalau tak bagus, boleh bungkus saja idea ni.

3. Yang sejarah tu sejarahlah, cuma ramai yang tak mau ianya berulang.

4. Gaji.
Gaji pemain liga tempatan terlalu hebat. Mereka menggunakan badan, kederat , kaki lutut dan lain-lain sebagai tools untuk bermain. JAdi adalah logik mereka menjaga tools ini apabila bermain. Supaya mereka boleh tetap bermain dan menyara kehidupan. 

Adakah pemain akan bermatian untuk untuk negara hanya untuk cedera dan selepas itu tidak boleh bermain dengan gaji yang lumayan dengan kelab. Memang ramai yang bermatian bermatian untuk negara, namun mungkin ada yang tidak. Jika ada sorang dua pun separuh hati, akan pincanglah pasukan kerana tidak "sehati sejiwa:

5. Cadangan saya ialah, hadkan  syiling keatas gaji pemain dalam kelab/pasukan liga. Contohnya gaji maximum ialah RM30, 000. Maknanya tiada kelab boleh membayar gaji termasuk elaun melebihi jumlah ini. Bagaimana mereka boleh mendapat gaji yang lebih? Jawapannya di bawah:

6. Apabila diserapkan ke dalam pasukan kebangsaan, FAM perlu membayar elaun pemain kebangsaan sebanyak RM50,000 sebulan. Selagi nama tersenarai dalam 22 atau 23 orang pemain kebangsaan selagi itulah elaun ini perlu dibayar. Rancang dan wujudkan  satu kaedah sebagaimana bayaran pencen ke, contohnya, jikalau karier mereka terbantut akibat cedera, lumpuh ketika bermain untuk negara. Mungkin bayaran 75% sehingga akhir hayat. Quantum bayaran boleh difikirkan oleh pihak berkaitan.

7. Kesannya, pemain akan berusaha menunjukkan prestasi terbaik dalam liga supaya diserapkan ke pasukan kebangsaan sekali gus meningkat mutu liga super.

8. Kesan seterusnya,pemain akan senantiasa bermain dan menunjukkan kualiti yang tinggi utk kekal dalam pasukan kebangsaan, (demi gaji, demi negara?.. sudah tidak relevan). Kerana mereka tahu ganjaran dan masa depan lebih terjamin.

9. Persaingan untuk mendapat tempat dalam pasukan kebangsaan adalah lebih sengit ,yang merupakan persaingan yang sihat. Yang senior ataupun berpengalaman pun mungkin melipatganda prestasi bimbangkan  diambil alih oleh pemain baru yang ingin menonjolkan diri.

Sekian

p.s
Update..ketika usia sejam atau lebih posting ni dengarnya Presiden FAM nak letak jawatan.oppsss
 Harap Presiden baru atau KJ bacalah cadangan ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...