Friday, 7 February 2014

Denggi di mana mana !!!!

Assalamualaikum..

Denggi di mana mana!!!  KEnapa yer... musibah ni takboleh dihapuskan. Beratus ribu bayar kontractor untuk fogging..

Persoalannya:

1) Kenapakah kekadang lepas fogging petang malam tu masih banyak nyamuk
2) kenapakah kebal bebeno nyamuk aedes ni
3) Ubat waima bahan kimia yang digunakan benar2 berkesan atau kontractor harap boleh datang sembur lagi.. ( dalam bersangka baik ni...)

semburan atau fogging adalah short term solution,,

Long term solution nampaknya tak berjalan lancar ni..

Kena jaga betul2 pasal denggi  ni..

Aku dah pernah kena denggi  ni.

You never know what hit u,, pada masa tu tak sangka kata denggi pun..
 Demam sepanas-panasnya..
Lepas tu sejuk sesejuknya..
Ingat demam biasa .. dan nak dipanjangkan umur, pergi check kat klinik cepat2.

Lepas tu masuk hospital...
Rasa memang teruk sangat...walaupun platlet masih terkawal..

Jadi pembaca sekalian.. jagalah persekitaran , bersama sama.. Dan kalau sakit demam 2 3 hari tak baik cepat cepat follow up...

Ok .. take care.


Tuesday, 4 February 2014

Melayan keletah anak-anak

Assalamualaikum bloggers and readers.. Anak-anak pun tak mengomel sangat cuti CNY ni tak kemana-mana. Lagipun Mamanya belum sihat sepenuhnya lagi dari demam. Eh, bukan demam mengidam ok. Demam mungkin lama dah tak demam. Kalau tak demam macam mana nak merasai nikmat sihat. Demam atau sakit memalu lubuk hati kita dengan peringatan bahawa betapa lemah
nya kita. Menghadiri kenduri adalah dijangkakan memandangkan cuti yang agak panjang . Bekerja di Kl membolehkan hari Isnin dinobatkan sebagai cuti tambahan dek kerna jatuhnya 1 Feb bersamaan sambutan Tahun Baru Cina. Sepi-sesepinya tahun ini berbanding suasana rumah sebelum ini yang ada jiran yang begitu semangat dengan tahun barunya. Dengan tarian singa dan mercun. Meriahlah. Namum kekadang menjengkelkan kiranya sampai pukul 1 atau 2 pagi.. JDT melawan T-Team, pasai apa ni sampai kena tangguh? Makanya aku pun men"Google" apakah kerananya perlawanan Piala FA ditanggukan. Terkejut aku jumpa berita bahawa Sultan Johor mangkat..!!! Huh biar betul... Rupanya aku terlunsuri berita yang telah lama. Tapi kebetulan pulak tu. Lawan Team yang sama , pasukan T jugak... Ermm..malas nak layan berita ni, apa yang berlaku pun tak tau lah.. Banyak sangat kontroversi.. . . . Malaysia (dan negara Asean ) nak jadi tuan rumah piala Dunia?? Biar betul.. Hermmm.. Lagi satu idea yang..err, entahlah. Baik target Malaysia layak ke piala dunia. LEbih jimat. Stadium tak perlu buat.. Kalau tak layak pun sekurang-kurangnya improve la kot. Oklah Mau tido..esok mau layan bola ManCity lwn Chelsea . . . P.s Pagi tadi sempat merakam keletah anak anak...

Friday, 10 January 2014

Bahayanya kredit card!!!

Assalamualaikum bloggers and readers..

Ini lah bahana credit card.. fikir fikirkan lah..

Hutang berpuluh tahun tak habis habis lagi..kerana dek interest yang tinggi

Hayatilah video ini..




P.s Jikalau tak pandai mengurus hutang...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...