Monday, 4 March 2013

Pening jadinya

Assalamualaikum bloggers and readers..

Adakah ia merupakan salam terakhir..?
Gambar ini memaparkan segala.
Bagaimana perasan 3 watak berbeza disaat perpisahan, ayah pergi berjuang untuk bangsa.
Tinggal isteri dan anak2...
Gambar di bawah mengguris rasa..




Aku merasakn tidak teruja untuk update blog pasal benda lain, memandangkan pergolakan berterusan.
Entahlah Sulu, nak biarkan Luncai Sulu terjun dengan labu-labunya tak boleh juga sebab berlaku di negaraku.
Lagi dikumpul maklumat lagi pening aku jadinya.
Ditambah pula dengan rencah politik. Lagi huru hara dibuatnya.
Dengarnya yang mengaku Sutan Sulu sampai 9 org. Camna ni?


Saturday, 2 March 2013

Sudah begini kesudahannya...

Assalamualaikum bloggers and readers..


  1. "Bapa saya sudah meninggal..kena bom". Itulah antara yang tercatat di akhbar hari ini. Simpati dan sedih aku membanyangi.
  2. Kesudahan yang aku bimbangi telah berlaku.Walaupun kesudahan yang hakiki belum pasti kerana kepungan belum berakhir.
  3. Alfatihah kepada syuhada yang mempertahankan negara. Tahniah kerana pemergianmu dalam keadaan mempertahankan kedaulatan negara. Ingatlah semua akan mati, bagaimanakah nasib kematian kita pula?
  4. Dalam pada itu salam takziah kepada keluarga Allahyarham. Pemergian para syuhada adalah kehilangan besar pada mereka. Moga dipertemukan kembali di Jannah.
  5. Namun aku agak musykil kerana khabarnya kematian akibat mortar. Persoalan adakah  musuh membawa mortar.
  6. Kalau akibat mortar musuh, macam mana intelligent tak dapat menghidu yang mereka bukan sekadar membawa mesingun. Malah senjata mereka lebih dari itu.Apapun itu sekadar andaian aku. Harap salahlah.
  7.  Dalam pada itu pujian ke atas pihak keselamatan. Setelah lama bersabar dan cuba elakkan pertumpahan darah, tiada pilihan / option lain  lagi.
  8. Walaupun agak lambat ternyata askar dan polis kita memang sabar. Segala pertimbangan telah difikirkan sehingga serangan dilakukan pada hari Jumaat.
  9. Memang pelik kejadian ini. Apakah tujuan mereka.?Aku yang memang ada kampung pun, tak balik kampung dengan bawa senjata api, malah senjata tak ada api pun aku tak bawa.
  10. Ini kononnya balik kampung bawa geng dan senjata. Huh, pelik punya orang kampung.
  11. Sabar ada hadnya. Negara kita milik kita. Wajib kita pertahankan.
  12. Jika ini kesudahannya, inilah. Terimalah.

Friday, 1 March 2013

Tembakan kedengaran di Lahad Datu, khabarnya...

Assalamualaikum para bloggers dan pembaca..


  • Sudah bermula pertempuran dengarnya....
  • Adakah Lahad Datu akan bermandi darah di hari Jumaat yang mulia ini.?
  • Mengapa mereka masuk ke negaraku dan tidak mahu pulang dengan cara baik.?
  • Prinsip perlu dipertahankan, benar. Namun kedaulatan negara perlu dipertahankan. Tiada belah bahaginya.
  • Siapa yang lebih berhak mempertahankan yang hak? Saipa yang betul?
  • Jawapannya ialah siapa yang menilai....
  • Sebagai rakyat Malaysia, yang aku tahu dari dulu Malaysia terdiri dari Sabah dan Sarawak dan jajahan takluknya adalah Negaraku.
  • Kalau aku pun akan ku pertahankan hingga titisan darah terakhir...
  • Mungkin Lahad Datu akan menjadi liang lahad hari ini???

Dengarnya ada yang telah terkorban..
Berbaloi kah pengorbanan tentera Sulu..
Hanya mereka dan org yang mengarahkan "kepulangan" mereka yang patut bertanggungjawab.

Reuters pic.

Doakan moga perwira kita semua selamat..Amin


p.s kalau boleh ianya berakhir tanpa pertumpahan darah..kalaulah.

Entahlah...




petikan the Star:

FELDA SAHABAT (LAHAD DATU): At least two Sulu gunmen are believed killed and three policemen injured in an encounter in Tanduo village this morning.
According to first reports emerging from Tanduo village, the three injured cops were being airlifted to Sandakan.
As of 12.45pm, villagers say they were still hearing gunshots.
However, Malaysian security forces have yet to confirm the first reports emerging from gunfire heard at Tanduo village from about 11am Friday.
Police have also decline to comment if the gunfire was the start of a move against the gunmen led by Azzimudie Kiram, the younger brother of self proclaimed Sulu Sultan Jamalul Kiram III.
The Star's attempt to contact Azzimudie went into answering mode but he has reportedly told a Philippines radio around 10.20am that they were being shot at and they had to defend themselves.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...