Tadi tengah tengok-tengok dan membalas komen-komen yg belum dibalas (jika perlu dibalaslah), teringat la pulak kanak-kanak 3 beradik yang hanyut kat sungai semasa mandi. Kejadian detail tak pasti sangat sebab tak sempat baca paper hari ni. Kursus kursus kursus. Tak tau la kenapa banyak la pulak.
W/bagaimanapun, kena beringat lah, kalau boleh jangan mandi sungai semasa musim hujan. Walaupun tempat kita mandi nampak tenang tetapi di hulu sungai tersebut mungkin air dah banyak dan membuak-buak. Ini kerana hujan turun di kawasan tersebut manakala tempat kita tidak hujan.
Hanya tunggu masa dan ketika sahaja air tersebut akan sampai dibahagian yg hilir. Samada banyak atau sikit, perlahan atau deras.
Jadi kenalah beringat dalam kegembiraan....
Wednesday, 4 May 2011
Tuesday, 3 May 2011
Osama (matimu tanpa kubur)
Ben Laden. Osama ben Laden
Satu nama yang aku rasa aku dah lupa untuk sekian waktunya. Tak penting bagi aku akan nama itu, hanya kerana ada ben atau dalam negaraku dipanggil bin. Dan aku ada kawan yang aku panggil ben masa diploma dulu. Tapi itu cerita lain...
Mungkin tak seorang pun kat Malaysia ni kenal Osama ben Laden sehingga peristiwa 911. Beliau dikhabar mengetuai AlQaeda dan bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan keatas serangan di bumi Amerika. Aku simpati dengan semua yang terlibat. Yang menyerang dan diserang. Namun aku kagum dgn keberanian pejuang-pejuang yang sefikiran dgn Osama yang begitu berani menyerang Amerika. Mereka berperang secara sangat berani. Dan mereka terkorban akibat serangan mereka.
Jika itulah yang dibuat oleh pihak Jepun mereka dipanggil tentera kamikaze. Sanggup berkorban untuk apa yang mereka percayai dan junjungi. Mempertahankan apa yang yang mereka pegang dan sanggup berkorban untuk itu, dan mereka disanjung dan dihormati. Keberanian tentera kamikaze terus menjadi dokumentari sejarah.Kerana mereka adalah Jepun dan bukan AlQaeda.
Kekaguman aku terhadap AlQeada sampai disitu. Aku tak pernah menyokong tindakan tersebut tetapi aku paham kenapa mereka bertindak demikian. Memahami tak semestinya bersetuju.
Amerika sebaliknya telah membuat lagi tindakan yang dianggap pengecut, setelah melakukannya kepada Jepun. Akibatnya Hiroshima dan Nagasaki dibom. Sehabis kuat bom tersebut tanpa mengira wanita dan kanak2. Tiada bom yang sekuat itu digunakan sehingga kini walaupun setelah setengah abad. Biadap dan baculnya Amerika.
Dan berkali2 kini melakukan tindakan begitu dengan menghantar "drone" tanpa disedari dan terus mengebom perkampungan. Bagi mereka seolah-olah bermain video games. Nyawa yang lain kurang bererti atau bernilai. Ramai yang mati. "Collateral damage" ujar mereka. Argh.. memang boleh berperang dgn hanya berada dibilik kawalan di tengah lautan dan menghantar kapal-kapal terbang tanpa juruterbang untuk mengebom musuh. Jika seperti PS2 atau PS3.. alahai....
Begitu juga dengan iraq, mereka membuat pembohongan dengan ada "weapon of mass destruction" di Iraq. Sebenarnya merekalah yang melakukan "mass destruction" sehingga Iraq tidak aman dan mungkin lebih ramai yang mati sejak Operation Freedom bebrbanding zaman Saddam. Dan.. dimanakah senjata pemusnah sejagat milik Saddam, sehingga sekarang masih tak ketemui. Mungkin disembunyikan di padang pasir dan akan ditemui 3000 tahun lagi seperti mana Firaun dan Qarun ditemui.Mungkin...
Osama atau Obama dan pemimpin Amerika yang lain, tak lupa juga Tony B"liar" mungkin dalam kelompok yang sama. Menghantar bala tentera untuk apa yang mereka percaya. Cuma Osama menghantar pejuangnya secara berdepan dan kamikaze, manakala yg lain memilih jalan pengecut. Osama terus menerus mengakui bertanggungjawab dan nyatakan kenapa berbuat demikian.
Yang lain berusaha pula dengan segala propaganda supaya mereka dipercayai walaupun menipu dan membohongi dunia
Osama, andai kau mati dalam Islam maka aku doakan semoga mendapat keampunan atas segala kesilapan ( jika ada). Jika engkau tersasar hanya Allah yang mampu memberi keampunan. Kerana satu tuntutan untuk org Islam mendoakan saudara seIslam walaupun apa saja kesalahannya.

Adakah hati kehujanan juga...
Baru sampai rumah. KL bila hujan saja memang kacau. Tak pa yang penting jiwa jangan kacau. Biarlah ribut berdentum kat luar tapi hati tetap mau tenang bukan.
Kekadang ada peristiwa tu kalau diikutkan hati memang tak payah cerita, tetapi kekuatan mental perlu untuk menghadapinya.
Kita mungkin boleh mentertawakan kepada mereka yang terikut-ikut dengan emosi. Yang tiada kekuatan untuk melawan segala kenegatifan. Mungkin juga kita simpati, entahlah.
Yang penting jangan diri terbawa2 dalam negatif itu. Empathy dengan mereka.......
Namun dihina jangan kerana merekalah yang lebih mengerti....
oh ya..hujan itu rahmat.
panas itu rahmat.
malam itu rahmat
masakan kita boleh merasakan nikmat sihat, jika tak pernah sakit...
renung-renungkan...
Subscribe to:
Posts (Atom)