Friday 15 November 2013

Jangan pula ada cadangan pekerjaan ini pula boleh bawa senjata api..

Assalamualaikum bloggers and readers..Selamat menunaikan solat jumaat

Salam takziah.. alfatihah untuk mangsa..Terkini Bernama melaporkan kejadian tembak...

kenapakah???

Moga polis boleh menangkap penjenayah sebegini yang makin berleluasa..
Apapun perbalahan, cara penyelesaiannya bukannya macam koboi..

Jangan pula ada cadangan peniaga pasar malam dicadangkan bawa senjata...
Nanti jadi macam AMAREKA pulak negaraku...

Hari tu dengarnya pegawai agama nak dibekalkan senjata api kan...

Seeloknya cari punca dan hapuskan kemasukkan senjata api yang begitu menakutkan ketika ini..

------------------------------------------------------------------

Peniaga pasar malam, mangsa terkini kes tembak di Kelantan

NOVEMBER 15, 2013
Seorang peniaga pasar malam menjadi mangsa terbaharu kes tembakan di Kelantan apabila maut selepas terkena beberapa das tembakan semasa dalam perjalanan pulang daripada berniaga di Kampung Pengkalan Petah di Bachok, malam tadi.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Lai Yong Heng, berkata Alias Yusof, 58, ditembak beberapa das yang tepat mengenai kepala dan perut dalam kejadian kira-kira 8.45 malam.
"Mangsa ditembak individu yang menaiki motosikal kira-kira jarak 250 meter dari tapak pasar malam itu ketika sedang menunggang motosikal bersama anaknya berumur enam tahun dalam perjalanan pulang," katanya.
Lai berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak lelakinya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk bedah siasat dan kes akan disiasat secara terperinci.
Sementara itu,  isteri mangsa, Jawiah Che Mat, 41, berkata ketika kejadian dia yang memandu van berada tidak jauh di hadapan suaminya sebelum terdengar bunyi tembakan.
"Saya lihat suami saya dalam keadaan tertindih dengan motosikal manakala anak saya Che Muhamad Danial berada di sebelahnya dalam keadaan pucat.
"Sewaktu alihkan motosikal, suami saya masih bernyawa sebelum meninggal dunia," katanya yang yang berniaga air minuman di pasar malam berkenaan.
Anak pasangan itu trauma kerana terkejut.
Seorang saksi, Fazli Mahmood, 30-an, berkata pada mulanya dia menyangka tembakan itu adalah bunyi mercun tetapi kemudiannya melihat sebuah motosikal yang dinaiki dua individu memecut laju.
"Tetapi motor jenis apa saya tidak tahu dan mengetahui arwah kena tembak selepas itu," katanya.
Pada 30 Oktober lalu, seorang peniaga emas cedera parah terkena tembakan di bahagian bahu dalam kejadian di Kampung Sering, Kota Bharu. - Bernama, 15 November, 2013.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...